Tuesday 17 January 2012

Bertaubat dan Membedah Dada

Bertaubat adalah menyedari kesalahan dan kekurangan diri dalam melaksanakan visi dan misi Allah bagi memenuhi hak-hak Allah.

          Sebaik-baiknya,kita melakukan taubat selepas bermuhasabah diri kerana taubat yang sebenarnya adalah taubat yang dilakukan apabila seseorang menyedari dirinya melakukan perbuatan yang bertentangan dengan syariat.

          Bertaubat ataupun 'membedah dada' dapat dilakukan dengan beberapa cara iaitu dengan mendirikan solat taubat,beristighfar,berdoa dan berzikir.

          Dosa mewujudkan tabir yang menutup hati manusia.Hati yang terhijab tidak dapat menerima cahaya kebenaran daripada Allah sehingga menjauhkan manusia daripada Allah.Selagi seseorang tidak mengetahui dosa menyebabkan dirinya jauh daripada Allah,dia tidak menyesal dengan dosa-dosa yang dilakukannya.Dia juga tidak berasa berjalan semakin jauh daripada Allah,malah dia berasa dia melalui jalan yang benar.

          Menurut Ibnu Qayim al-Jauziah,taubat berada di antara dua muhasabah iaitu muhasabah sebelum taubat dan muhasabah selepas melakukan taubat.Taubat kita terpelihara apabila kita berada di antara dua muhasabah itu.

          Nabi Muhammad berkata,"Wahai manusia,bertaubatlah kepada Tuhanmu.Sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah 100 kali sehari(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

          Manusia perlu melakukan taubat secara terus-menerus sepanjang hayat selagi jasad masih dikandung badan.Ini kerana dalam perjalanan hidup manusia,iblis dan syaitan sentiasa mengintai manusia.Di mana pun manusia menghadap Allah,di situ iblis dan syaitan menghalangnya.Iblis dan syaitan tidak kenal lelah kerana mereka bersumpah di hadapan Allah.

          Sebelum Nabi Muhammad meninggalkan sebuah majlis,para sahabat menghitung ucapan taubat beliau.Ternyata,Nabi Muhammad mengucapkannya sebanyak 100 kali dan ucapannya adalah,

"Ya Allah,ampunkanlah dosaku dan terimalah taubatku kerana engkau maha penerima taubat lagi maha pengampun."(Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)


          Nabi Muhammad menyatakan syaitan berjalan di dalam setiap manusia mengikut aliran darahnya.Beliau berkata,

"Allah mewahyukan kepada Nabi Daud,'Katakanlah kepada orang-orang yang melakukan kezaliman,janganlah mereka berzikir kepadamu kecuali selepas mereka bertaubat ataupun sedang berusaha bertaubat kerana aku selalu memerintahkan orang-orang yang berzikir kepadaku.Tetapi,perhatianku kepada mereka yang melakukan kezaliman berupa laknat kepada mereka."(Hadis riwayat Hakim,Dailami dan Ibnu Asakir)


          Allah berpesan,apabila manusia tidak mahu bertaubat dan menjaga taubatnya,pada hakikatnya mereka menzalimi diri mereka sendiri.

"Sesiapa yang tidak bertaubat,maka mereka itulah orang-orang yang zalim."(surah al-Hujurat,ayat 11)






           

Bertaubat kepada Allah

Pengertian Taubat

Kotoran atau dosa mewujudkan tirai penutup atau hijab yang memisahkan hati seorang hamba dan Allah.Allah menunjukkan kepada kita bagaimana kita dapat menghancurkan hijab hati itu.Caranya adalah dengan membedah dada seperti yang dilaksanakan ke atas Nabi Muhammad.Pembedahan dada yang yang pertama terjadi sewaktu Nabi Muhammad masih kanak-kanak iaitu semasa beliau berusia tiga tahun.Pembedahan berikutnya dilakukan ketika Nabi Muhammad hendak melalui Israj Mikraj.Taubat ialah menyesali segala kekurangan dan kesalahan yang dilakukan.Ia meliputi perilaku anggota tubuh dan perilaku rohani,baik yang dilakukan secara sedar mahupun tidak.Nabi Muhammad berkata,"Penyesalan adalah suatu taubat."(Hadis riwayat Abu Daud dan Hakim)

          Dengan tegar Allah memerintahkan umat Nabi Muhammad supaya bertaubat kepadanya.Allah mengulang kata'taubat'sebanyak 69 kali di dalam Al-Quran.Antara lain adalah ayat-ayat di bawah ini:

"Bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."(surah an-Nur,ayat 31)

"Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya."(surah at-Tahrim,ayat 8)


"Sesungguhnya,Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri."(surah al-Baqarah,ayat 222)


          Taubat menentukan kedudukan manusia di sisi Allah.Sehubungan itu,kita dapat memahami kenyataan Nabi Muhammad berikut.Beliau berkata,


"Wahai segenap manusia,bertaubatlah kamu kepada Tuhan kamu.Sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah 100 kali dalam sehari."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


          Nabi Muhammad mengesahkan suatu peristiwa yang menggambarkan kegembiraan seorang manusia dan kegembiraan Allah apabila seorang hambanya bertaubat.Begini kisahnya,"Ada seorang hamba Allah yang sedang berada dalam perjalanan.Dia membawa unta dan meletakkan bekalan makanan dan minuman di belakang unta itu.Dalam perjalanan,dia berasa lelah.Oleh itu dia berehat dan terus tertidur.Apabila dia terjaga,dia terkejut kerana untanya hilang bersama bekalan makanan dan minumannya.Dia mencari ke sana ke mari tetapi tidak bertemu dengan untanya.Lama-kelamaan,dia menjadi tidak berdaya ,kelaparan dan kehausan.Kemudian dia berkata,'lebih baik aku ke tempat aku tertidur tadi dan tidur lagi sehingga ajal datang menjemputku.'Dia kembali ke tempat tidurnya tadi,meletakkan kepala di atas lengan dan bersedia menunggu kematian.Namun tidak lama selepas itu,dia terbangun dan melihat untanya berada disampingnya.Semua bekalan makanan dan minumannya tidak sedikit pun berkurangan.Betapa gembiranya orang itu.Namun kegembiraan Allah apabila hambanya bertaubat melebihi kegembiraan orang yang bertemu semula dengan untanya yang hilang.

          Kisah-kisah seperti ini banyak kita jumpa dalam hadis Nabi Muhammad yang pada asasnya mewajibkan manusia bertaubat kerana setiap dosa yang mereka lakukan boleh merosakkan dan menjauhkan mereka daripada Allah.Oleh itu kita perlu segera menghancurkan hijab yang ada di hati kita dengan cara bertaubat kepadaNya.

          Kita perlu bertaubat secara terus-menerus kerana manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan.Walaupun kita bebas daripada menderhaka kepada Allah secara fizikal,belum tentu kita bebas daripada hasrat hendak melakukan perbuatan dosa.Seandainya kita bebas daripada menderhaka kepada Allah,tidak mungkin kita bebas daripada godaan syaitan yang sentiasa inginkan manusia lalai dari mengingati Allah.Antara sifat-sifat buruk manusia adalah pelupa,iri hati,selalu berasa tidak puas hati dan malas.Ini semua menunjukkan kekurangan manusia.Tidak ada satu pun manusia yang sempurna kerana memang ketidaksempurnaan itulah ujian bagi manusia.Nabi Muhammad berkata,

"Setiap anak Adam pasti bersalah dan orang bersalah yang baik adalah mereka yang bertaubat."(Hadis riwayat Imam Ahmad)


          Orang yang beriman dan orang yang munafik melihat dosa dengan cara yng berbeza.Orang yang beriman memandang dosa sebagai sesuatu yang besar laksana gunung yang akan runtuh dan hampir menimpa dirinya.Dia berasa gusar,gundah-gulana dan khuatir atas keselamatan dirinya daripada runtuhan gunung itu.Walaupun dia melakukan dosa secara tidak sengaja ataupun dalam keadaan terpaksa,dia tetap berasa demikian.

          Berbeza bagi orang munafik yang tidak memiliki ketetapan dan keyakinan.Apabila mereka melakukan dosa,sama ada ia sengaja atau tidak melakukannya mereka cuma akan merasakan seperti seekor lalat hinggap di tubuh mereka.Lalu mereka mengusir lalat itu dan terbanglah ia.Mereka sedikit pun tidak menyesali perbuatan mereka.Mereka memandang rinagn terhadap dosa yang pernah mereka lakukan.

          Apabila orang-orang yang beriman hendak mendekatkan diri kepada Allah,mereka sentiasa memohon dan mengharap keredhaan Allah supaya Allah menutupi segala kekurangannya dan melatakkan diri mereka sebagai muttabi yang bermaksud pengikut Nabi Muhammad. 

    

Monday 16 January 2012

Visi dan Misi Manusia

Seperti yang kita ketahui,hijab hati dalaha hasil perilaku manusia yang tidak sesuai dengan ketentuan syariat dan menyimpang daripada ketentuan Allah dan rasulnya.Ia juga adalah perilaku manusia yang tidak sesuai dengan kudrat dirinya sebagai pelaksana visi Allah iaitu sebagai khalifah di muka bumi.Ini bermakna manusia perlu menegakkan hukum-hukum Allah di muka bumi.

          Dalam usaha melaksanakan visi dan misi itu,seorang hamba yang menyimpanag daripada konsep dan ketetapan kalam Allah dan sunah Nabi Muhammad,berbuat dosa.Dosa itulah yang diserap oleh hati dan kemmudian menjadi nokhtah-nokhtah hitam yang melekat pada hati manusia.Lama-kelamaan,ia menghasilkan kabut hitam yang menutupi hati seseorang daripada cahaya Allah.

          Hati adalah cermin yang pada awalnya berada dalam keadaan jernih dalam diri setiap manusia.Bagi manusia yang patuh kepada Allah,hatinya menerima cahaya Allah iaitu,nur'ala nur,yahdillahu li nurihi man yasya'u yang bermaksud 'Cahaya di atas cahaya atau cahaya yang berlapis-lapis.'"Allah memberi petunjuk cahaya bagi orang-orang yang dia kehendaki."(surah an-Nur,ayat 35)

          Itulah hidayah dan petunjuk,kalam dan ilmunya bagi kepentingan seorang hamba dan juga bagi kepentingan Allah yang perlu dipikul oleh hambanya.Itulah visi dan misi daripada Allah iaitu menjadai khalifah di muka bumi.Apabila Allah mencipta Nabi Adam,Allah berkata,

"Ingat ketika Tuhanmu berkata kepada para malaikat,'Aku hendak menjadikannya khalifah di bumi."(surah al-Baqarah,ayat 30)


          Dengan itu,sebelum Allah menciptakan Nabi Adam,Allah sudah menetapkan visi manusia iaitu sebagai khalifah di muka bumi.Menurut Prof. Dr. Quraisy Sihab di dalam Tafsir Al-Quran Al-Misbah,katanya khalifah memiliki dua pengertian seperti berikut:

          Pertama,khalifah bererti menggantikan makhluk Allah yang wujud iaitu Banal Jan atau keturunan jin.Kedua,khalifah bererti pengganti atau pegawai Allah yang melaksanakan dan menegakkan tugas-tugas khusus yang dikehendakinya.Namun hal ini bukan bermakna Allah tidak mampu melaksanakan tugasnya di bumi ataupun menjadikan manusia sebagai Tuhan.Tidak sama sekali.Ia bererti Allah mengangkat manusia sebagai kahalifah di muka bumi bagi menguji manusia.Allah juga hendak memberikan penghormatan kepada mereka.

          Bukti kewujudan tugas kekhalifahan bagi bani Adam adalah setiap amal ibadah yang hendak dilaksanakan perlu dimulakan dengan memohon perlindungan Allah daripada tipu daya syaitan yang terkutuk.Ini dilakukan dengan membaca ta'awwudz dan bismillahirrahmanirrahim yang bererti,'Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.'

          Tugas manusia yang utama yang perlu mereka laksana sebagai bentuk konkrit daripada pengabdiannya kepada Allah adalah memikul amanah Allah.Allah berkata,

"Sesungguhnya kami menawarkan amanah kepada langit,bumi dan gunung-gunung,tetapi semuanya enggan memikul amanah.Mereka khuatir tidak mampu malaksanakannya,lalu manusia memikul amanah itu."(surah al-Ahzab,ayat 72)

          Menurut Nabi Muhammad dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aufi daripada Ibnu Abbas,amanah adalah ketaatan seorang hamba kepada Allah.Sebelum Allah memberikan amanah itu kepada Nabi Adam,Allah menawarkannya kepada langit,bumi dan gunung-ganang.Namun,ketiga-tiganya menolak kerana mereka takut menghianati amanah itu.Selepas langit,bumi dan gunung-ganang menolaknya,Allah menawarkan amanah itu kepada Nabi Adam.Allah bertanya,"Adakah kamu sanggup memegang teguh perkara yang terdapat di sebalik amanah itu?"Nabi Adam berkata,"Ya Tuhanku,apakah yang berada di sebaliknya?"Allah berkata,"Apabila kamu berbuat baik,maka kamu memperoleh pahala dan apabila kamu berbuat buruk,maka kamu memperoleh hukuman."

          Kemudian Nabi Adam menerima amanah itu.Berbuat baik bererti melaksanakan visi dan misi sesuai dengan peraturan yang ditetapkan oleh Allah dalam Quran dan ketetapan rasulnya serta apa yang beliau amalkan.

          Sebahagian ulama memahami,apa yang dimaksudkan dengan amanah adalah kewajipan yang mesti dilakukan dan larangan yang mesti ditinggalkan oleh Nabi Adam dan seluruh keturunannya.Amanah itu tidak lain adalah tugas menegakkan hak-hak Allah di muka bumi iaitu menyembah Allah dan tidak menyengutukannya dengan apa pun.Dalam hal ini,Allah menjelaskan,

"katakanlah,'Aku hanya diperintahkan supaya menyembah Allah dan tidak menyengutukannya.Hanya kepadanya,aku berseru dan hanya kepadanya aku kembali."(surah ar-Ra'd,ayat36)

          Tugas utama manusia adalah menyembah Allah semata-mata,beribadah kepada Allah,hidup dan matinya hanya untuk Allah.Allah menyatakan,

"Katakanlah Muhammad,'Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah,Tuhan seluruh alam."(surah al-An'am,ayat 162)

          Allah memanggil hamba-hambanya supaya mereka masuk ke dalam jemaah hamba-hamba Allah yang beribadah.Siapakah jemaah hamba-hamba Allah itu?Mereka adalah penerus risalah Nabi Muhammad iaitu hamba penghimpun umat,penyeru dan pelaksana taubat.Mereka adalah hamba yang gemar berpuasa,yang mengembala bayang-bayangnya sendiri ketika mentari bersinar,yang berjalan menuju Allah ketika malam sunyi sepi dan hamba yang melaksanakan hak-hak Allah.

          Mu'ad bin Jabal menberitahu,

"Ketika aku membonceng nabi di atas kenderaan,tidak ada batas di antara aku dan beliau kecuali tempat sandaran bagi penunggang.Nabi berkata,'Hai Muadz!'Aku menjawab,'Ya Rasullullah,aku taat kepada engkau.'Beliau berjalan seketika dan kemudian berkata lagi,"Hai Muadz bin Jabal!'Aku menjawab!'Ya Rasullullah,aku tetap taat kepada engkau.'Selepas itu beliau bertanya,'Tahukah kamu apakah hak Allah yang perlu dipenuhi oleh hambanya?'Aku menjawab,'Allah dan rasulnya lebih mengetahui.'Beliau berkata,'Hak Allah yang perlu dipenuhi oleh para hambanya adalah mereka perlu manyembahnya dan tidak menyengutukannya dengan sesuatu pun.'Selang beberapa ketika,beliau memanggilku lagi,'Hai Muadz bin Jabal!'Aku menjawab,"Ya RAsullullah,aku taat kepada engkau.'Beliau berkata,'Tahukah kamu apakah hak para hamba yang memenuhi hak Allah?'Aku menjawab,Allah dan rasulnya lebih mengetahui.'Beliau berkata,'Hak hamba adalah Allah tidak menyeksa merek.'(Hadis riwayat Bukhari,Muslim dan Ahmad)


          Perintah menyembah Allah dan tidak menyengutukannya dengan sesuatu bererti menyembah Allah dengan ketaatan yang murni.Allah menyatakan,"Katakanlah,'Aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan penuh ketaatan kepadanya dalam melaksanakan agama."(surah az-Zumar,ayat 11)

          Melaksanakan agama Allah meliputi segala aspek kehidupan yang luas.Ia meliputi hablum minnallah iaitu'berpegang pada tali Allah'dan hablum minan nas iaitu 'berpegang pada tali manusia.'Demi menegakkan hak-hak Allah,maka Allah mengutuskan hamba-hambanya yang terpilih iaitu para nabi dan rasul sebagai contoh ketaatan beribadah kepada Allah,mulai Nabi Ibrahim sehingga Nabi Muhammad.

          Allah menetapkan Nabi Ibrahim sebagai'kekasih Allah' dan 'imam tauhid.'Demi kesempurnaan petunjuk Allah kepada hamba-hambanya pada akhir zaman sehingga mereka dapat melaksanakan visi dan misi mereka dengan baik,Allah mengutusakan Nabi Muhammad sebagai penutup segala nabi.Nabi Muhammad turut menyempurnakan akhlak manusia sekali gus menyebarkan rahmat Allah bagi seluruh alam.Dengan itu,Allah menyempurnakan agama yang lurus dan nikmatinya serta meredai Islam sebagai agama bagi umat Nabi Muhammad.

          Sepeninggalan Nabi Muhammad,Allah tetap memberikan bimbingan melalui hidayahnya iaitu Quran dan hadis kepada hamba-hambanya yang dikehendaki.Ini termasuklah Khulafah Arrasyiddin,para wali Allah dan orang-orang soleh.

          Bukti adanya visi bagi setiap hambanya dapat dilihat ketika seorang hamba hendak melakukan sesuatu kegiatan amal ibadah.Kegiatan itu mungkin bagi kepentingan dirinya seperti makan dan minum,mahupun bagi beribadah kepada Allah.Semua kegiatan itu mesti bermula dengan meminta perlindungan Allah dan membaca  bismillah.Seorang hamba mengawali setiap perilakunya dengan menyebut nama Allah,bukan nama pelakunya atau orang lain.

          Di dalam dada manusia terdapat sepotong daging ataupun segumpal darah yang baik dan buruk jasad manusia di hadapan Allah dan sesama manusia bergantung kepadanya.Itulah hati manusia dan hati ini sentiasa mendengar dua bisikan iaitu bisikan malaikat dan bisikan syaitan.Hati manusia menjadi sasaran syaitan bagi menyesatkan manusia daripada jalan yang benar.Syaitan ingin semua manusia mengikut jalan menuju neraka.

          Hati menjadi sasaran syaitan bagi membisikkan tipu dayanya supaya manusia tersesat.Dalam dada manusia terletak hati.Dosa manusia melekat di hatinya lalu menutupinya daripada cahaya kebenaran iaitu cahaya Allah.Hati adalah komponen tubuh manusia yang penting kerana ia menetukan baik dan buruknya jasad manusia.

          Oleh kerana kecenderungan dan peluang melakukan dosa adalah besar bagi bani Adam,Nabi Muhammad menjadikan dirinya sebagai contoh orang yang suka bertaubat dengan bertaubat sebanyak 100 kali dalam sehari.Apabila Nabi Muhammad berasa ada yang menggoda hati beliau,pada waktu itu juga beliau bertaubat kepada Allah sebanyak 70 kali.

          'Pembedahan dada di hadapan Allah ataupun bertaubat adalah anak tangga yang disinggahi seorang hamba yang berjalan menuju Allah selepas dia melalui anak tangga muhasabah diri.Bertaubat menyedarkan kita tentang segala kekurangan,kelemahan dan ketidakmampuan kita dalam melaksanakan visi dan misi Allah serta memenuhi hak-hak Allah ke atas diri kita.Taubat yang ideal adalah taubat yang dilakukan selepas kita bermuhasabah.Ini kerana taubat yang sebenarnya adalah taubat yang dilakukan selepas kita menyedari,kita melakukan perbuatan yang bertentangan dengan visi dan misi Allah.

          Dosa adalah tabir yang menutup hati manusia daripada Allah.Oleh sebab itu,hati manusia terhijab sehingga mereka tidak dapt menerima cahaya kebenaran daripada Allah.Akibatnya,manusia jauh daripada Allah,sungguhpun Allah dekat dengan mereka,lebih dekat daripada urat nadi leher mereka sendiri.

          Selama mana seseorang itu tidak mengetahui dosa adalah faktor yang menjauhkan dirinya daripada Allah,selama itulah dia tidak berasa menyesal ketika melakukan perbuatan-perbuatan dosa.Dia tidak berasa dia sedang menempuh jalan yang menjadikan dirinya semakin jauh daripada Allah,bahkan dia berasa,jalan yang ditempuhinya adalah jalan yang benar.

Pembedahan Dada

Peristiwa pembedahan dada Nabi Muhammad yang dilakukan oleh malaikat Jibril adalah pengajaran dan petunjuk daripada Allah kepada seluruh umat Nabi Muhammad.Ia dinyatakan dalam hadi berikut:

          Malik bin Sha'sha'ah memberitahu bahawa Nabi Muhammad pernah berkat,

"Ketika aku berada di rumahku di Baitullah(Masjidil Haram)diantara orang-orang yang tidur dan yang masih terjaga,tiba-tiba datang tiga orang.Salah seorang diantara mereka mendekatiku dengan membawa bejana daripada emas yang penuh dengan hikmah dan iman.Lalu mereka membedah dari atas dadaku sehingga tembus ke perutku.Kemudian mereka mencuci hatiku dengan air zam-zam.Sesudah itu,mereka memenuhi hatiku dengan hikmah dan iman."(Hadis riwayat Bukhari,Muslim dan Ahmad)


          Pembedahan hati nabi itu adalah suatu pengajaran daripada Allah kepada umat Nabi Muhammad.Pembedahan itu tidak dilakukan kepda utusan Allah yang lain.Sekiranya pembedahan dada itu bukan satu contoh memusnahkan hijab hati,tentu sahaja hal itu tidak perlu ditunjukkan kepada umat Nabi Muhammad.Ini kerana hal itu tidak dilakukan kepada nabi dan rasul terdahulu.Sementara itu,seandainya Allah menghendaki sesuatu itu berlaku kepada Nabi Muhammad dan bukan sebagai engajaran bagi ummat Nabi Muhammad,maka cukup bagi Allah dengan mengatakan 'kunfayakun',maka terjadilah apa yang Allah kehendaki.Begitu juga denga perjalanan Israk dan Mikraj.Ia adalah panduan kepada umat Nabi Muhammad bagi mandekatkan diri kepada Allah.

          Malaikat Jibril tidak lagi turun ke bumi bagi membedah dada bani Adam kerana kalam ilahi bagi bani Adam sudah lengkap dan sempurna.Selanjutnya,bergantunga kepda manusiauntuk memahami dan mengungkapkan ayat-ayat Allah.Ini kerana Allah menyempurnakan kejadian manusia dengan akal fikiran yang waras.Hakikatnya,pembedahan dada Nabi Muhammad adalah suatu pengajaran yang memerlukan pemahaman manusia supaya kita dapat menerapkannya dalam kehidupan kita.Setiap umat Nabi Muhammad hendaklah bersedia dan mampu membedah serta membuka dada mereka bagi membongkar dan membuang segala kekotoran yang mendap sehingga hati mereka menjadi karat.

          Kotoran itu tidak lain adalah nikhtah-nokhtah hitam yang dihasilkan oleh perilaku manusia secara lahiriah dan batiniah yang bertentangan dengan kudrat kewujudan manusia sebagai pelaksana misi dan visi Allah.Kotoran itu juga terhasil daripada kelalaian manusia yang tidak melaksanakan visi dan misi itu kerana sifat-sifat manusia seperti lemah,lalai,bodoh dan cenderung mengikut hawa nafsu.Di samping itu,manusia turut terpengaruh dengan bisikan-bisikan iblis dan syaitan yang membawa dendam membara sejak manusia diciptakan.Semua ini menyebabkan manusia sentiasa cenderung hendak malakukan dosa.

          Membedah dada adalah satu kaedah yang praktikal yang ditunjukkan oleh malaikat kepada Nabi Muhammad,sekaligus ia menjadi renungan bagi umat Nabi Muhammad supaya merek membedah dada mereka dengan mengakui segala kelemahan,kesalahan,kealpaan dan kekeliruannya dalam melaksanakan visi dan misi Allah.Ini kerana visi dan misi itu adalah tugas yang berat,bahkan,bumi langit dan gunung-gunung pun menolaknya.Hanya Nabi Adam yanga sanggup memikulnya.Akibatnya,seluruh keturunannya perlu meneruskan dan memikul visi dan misi itu.

Perilaku Manusia yang Menutup Hati

Perilaku manusia yang menimbulkan nokhtah hitam di hatinya dan menjadi dinding penutup atau hijab dirinya dengan Allah.

1. Perilaku batiniah iaitu iman atau keyakinan seorang hamba yang mengingkari kewujudan Allah dan sifat-sifatnya.Perilaku seperti ini mewujudkan hijab yang tebal.Ia berupaya membeku dan mematikan hati manusia.Perilakunya semata-mata dikendalikan oleh akal rasionalnya dan dia sama sekali tidak meyakini kehidupan sesudah mati.

2. Perilaku syirik atau menyengutukan Allah,Keadaan ini berlaku apabila seseorang berjalan dengan sepenuh hati menuju kekuasaan lain selain Allah.

3. Perilaku inadah yang menurut nafsu iaitu ucapan lidah dan hati seseorang ayang tidak mengikut ketentuan syariat.Dia melkukan ibadah dengan ucapan-ucapan atau pun doa yang sesuai dengan keinginan nafsunya sahaja.

4. Perilaku iabadah yang mengikut jalur-jalur ilmiah yang menyimpang dari wahyu Allah dan sunah nabi.Amalan ini menjadi kabut hitam yang menghalang hati seseorang hamba dengan Allah.Ibnu Qayyim al-Jauziyah menyebutnya sebagai bidaah ilmiah.

5. Perilaku yang ditetapkan oleh Allah sebagai doasa besar seperti takbur,ujub,riyak,dengki dan meninggi diri.Hijab ini lebih tebal dari dosa besar secara lahiriah dan lebih susah hendak diselamatkan.

6.Perilaku yang ditetapkan oleh Allah sebagai dosa besar seperti berzina,membunuh kecuali dengan alasan yang benar dan menzalimi orang lain.Hijab ini lebih nipis daripada perilaku dosa besar.

7. Perilaku yang termasuk dosa kecil seperti merungut,mencela peristiwa alam,mencela perubahan cuaca,mengeluh apabila banyak hujan dan mengeluh apabila cuaca panas,kurang bersyukur dan penuh keluh kesah.

8. Perilaku yang berlebihan dalam hal-hal yang makruh seperti merokok,makan berlebihan dan tidur berlebihan.

9. Perilaku lalai terhadap komitmen yang ditetapkan seperti melalaikan janji sesama manusia,melalaikan hutang,mealalaikan zikir kepada Allah,melalaikan solat dan kurang berbakti kepada orang tua.

    

Senjata yang Melumpuhkan Iblis dan Syaitan

Iblis dan keturunannya iaitu syaitan memiliki kemampuan yang teguh dan hebat.Mereka tidak kenal lelah dan tidak menyerah kalam dalam usaha mencelakakan dan menyesatkan manusia.Iblis hidup sehingga hari Kiamat dan syaitan memiliki umur yang panjang.

          Syaitan hanya mati apabila ia melakukan kesalahan mencuri rahsia Allah dan diketahui oleh malaikat.Apabila syaitan melakukan hal itu,Allah memanahkannya dengan panah api yang sering kita lihat di langit ataupun di angkasa.Ia umpama bintang-bintang yang berpindah tempat.

          Dalam sejarah manusia,tidak ada satu pun syaitan yang dapat dibunh oleh manusia.Namun syaitan menghancurkan kehidupan ramai manusia sehingga mereka menjadi sesat dan hina,malah lebih hina daripada binatang.

          Allah memberikan senjata kepada hambanya bagi melumpuhkan syaitan dengan ayat-ayatnya yang sempurna.Apabila syaitan datang menghampiri diri anda,menggoda dan menjerat anda dengan tipu dayannya,segeralah berlindung kepada Allah.Allah berpesan,

"Apabila syaitan datang menggodamu,berlindunglah kepada Allah.Sesungguhnya dia maha mendengar dan maha mengetahui."(surah al-Araf,ayat 200)


1. Membaca ta'awwudz,seperti berikut:

'Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk'


2. Membaca doa pelindung daripada syaitan

'Ya Tuhanku,aku berlindung kepada engkau daripada bisikan-bisikan syaitan.Aku memohon supaya mereka tidak mendekati aku'.(suarah al-Mukminun,ayat 97-98)


3. Membaca al-Mu'awwidzatain
          Al-Mu'awidzatain adalah surah al-Falaq dan surah an-Nas.Surah al-Falaq membawa pengertian berikut,

Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai fajar daripada kejahatan makhluk yang dia ciptakan,daripada kejahatan malam apabila bumi gelap-gelita,daripada kejahatan peremp[uan-perempuan penyihir yang meniup pada buhul-buhul dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki.'(surah al-Falaq.ayat1-5)


surah an-Nas pula bermaksud,

'Aku berlindung kepda Tuhan daripada kejahatan bisikan syaitan yang bersembunyi,yang membiusikkan kejahatan ke dalam dada manusia daripada golongan jin dan manusia.'(surah an-Nas,ayat 1-6)


Nabi Muhammad berkata,

          "Sesiapa yang membaca kedua-dua surah itu dan surah al-Ikhlas sebanyak 3x pada waktu petang dan pada waktu pagi,maka dia tercegah daripada segala keburukan.Aku sentiasa membaca surah-surah itu setiap kali hendak tidur."

5. Membaca ayat kursi


Ayat Kursi diabadikan dalam surah al-Baqarah ayat 255.Maksud ayat itu adalah seperti berikut,

'Allah.tidak ada tuhan selain dia yang maha hidup dan sentiasa mengurus makhluk-makhluknya.Dia tidak mengantuk dan tidak tidur.Miliknya adalah segala apa yang ada di langit dan di bumi.Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisinya tanpa izinnya.Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmunya melainkan apa yang dia kehendaki.Kekuasaannya meliputi langit dan bumi.Dia tidak berasa berat memelihara kedua-duanya dan dia maha tinggi dan maha besar'.(surah al-Baqarah,ayat 255)


Ayat Kursi bagi melumpuhkan iblis dan syaitan sejak syaitan mengajarkannya kepada Abu Hurairah.Pada waktu itu,Nabi Muhammad memerintahkan Abu Hurairah menjaga harta zakat.Pada malam harinya,seorang pencuri mencuri harta zakat itu dan Abu Hurairah berjaya menangkapnya dan mahu membawanya kepada Nabi Muhammad.Tetapi,pencuri itu merayu kepada Abu Hurairah dengan berkata,"Aku orang miskin yang memiliki ramai anak dan aku memerlukan bantuan."Mendengar rayuannya,Abu Hurairah melepaskannya.Keesokan harinya,Nabi Muhammad menegur Abu Hurairah,"Wahai Abu Hurairah,apa yang dilakukan oleh tawananmu?"
"Ya rasul,dia orang miskin.Anaknya ramai dan dia memerlukan harta zakat itu."Saya kasihan kepadanya sebab itu saya melepaskannya."Nabi Muhammad berkata."Orang itu berdusta."Pada malam berikutnya kejadian kecurian berlaku lagi.Abu Hurairah menangkap pencuri itu dan sekali lagi dia memeinta ampun serta memohon belas kasihan.Dia memberikan alasan yang sama dan berjanji tidak mencuri lagi.Sekali lagi Abu Hurairah melepaskannya.Keesokan harinya,Nabi Muhammad menegur Abu Hurairah dan mengatakan,pencuri itu berdusta.Pada malam ketiga pencuri itu datang hendak mencuri dan seperti malam-malam sebelumnya,Abu Hurairah dapat menangkapnya.Oleh sebab ini adalah kali ketiga dia mencuri,Abu Hurairah bertegas dan mahu membawanya kepada Nabi Muhammad.Pencuri itu berkata,"Jangan adukan aku kepada Nabi Muhammad!Aku mengajarmu beberapa kalimat.Apabila kamu membacanya,kamu mendapat manfaat daripada Allah."
"Kalimat apa?"tanya Abu Hurairah."Bacalah ayat kursi setiap kali hendak tidur,Allah sentiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak mendekatimu hingga pagi,"kata si pencuri.

Abu Hurairah melepaskan pencuri itu.Keesokan harinya Abu Hurairah melaporkan kepada nabi mengenai ayat yang diajarkan oleh pencuri itu.Nabi Muhammad berkata,"Kali ini pencuri itu berkata benar.Tahukah kamu siapa yang berbicara denganmu hungga tiga malam berturut-turut?"
"Tidak,"kata Abu Hurairah.
"Dia adalah syaitan,"tegas Nabi Muhammad.

6. Membaca surah al-Baqarah di dalam rumah.
          Saudaraku yang sehati,seiman dan seperjalanan,apabila kita hendak menduduki rumah baru yang belum pernah kita huni,sebaik-baiknya kita membaca surah al-Baqarah di dalamnya.Biasanya,runmah-rumah yang tidak dihuni dalam beberapa waktu sering dihuni oleh makhluk lain iaitu jin dan syaitan.Sewaktu kita memasukinya,makhluk-makhluk itu berasa terganggu dan oleh itu,mereka mengganggu kita.

7. Membaca surah al-Mukminun
          Abu Hurairah memberitahu bahawa Nabi Muhammad pernah berkata,"Sesiapa yang membaca surah al-Mukminun ayat 1-3 dan ayat kursi pada pagi hari,Allah menjaganya sehingga malam dan sesiapa yang membacanya pada malam hari,Allah menjaganya sehingga pagi hari."(Hadis riwayat Tarmizi)

          Surah al-Mukminun ayat 1-3 itu bermaksud,

'Allah yang maha perkasa dan maha mengetahui menurunkan kitab Quran.Dia mengampuni dosa dan menerima taubat serta hukumannya keras.Tidak ada tuhan selain dia.Hanya kepadanya,semua makhluk kembali.' 
         

Sunday 15 January 2012

Al-Mathurat

Selain solat lima waktu,puasa bulan Ramadhan,tunai haji dan lain-lain,apa agaknya amalan anda yang lain?Adakah apa-apa amalan untuk diamalkan sepanjang hidup?Macam kita tengok TV setiap hari untuk beri ketenangan dan kegembiraan sementara,kita juga patut ada amalan harian berunsurkan agama untuk beri ketenangan dan kegembiraan yang hakiki.

          Salah satu amalan berbertuk keagamaan yang boleh diamalkan salah satunya ialah al-Mathurat.Setakat ini sangat memberi kesan pada diri saya;jiwa terasa tenang,cabaran jadi kecil untuk didepani,diatasi.Saya turunkan makna bacaan al-Mathurat ini untuk anda nilai sendiri betapa sesuainya dengan kehidupan kita yang serba mencabar dan haru-biru ini.Insya-Allah berguna untuk anda:

          Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk.
          Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam.Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Yanga menguasai hari pembalasan.Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus,(iaitu) jalan orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka,bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan(pula jalan)mereka yang sesat(Al-Fatihah:1-7)


          Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Alif laam miim.Kitab(al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya;petunjuk bagi mereka yang bertakwa.(Iaitu)mereka yang beriman kepada perkara ghaib yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.Dan mereka yang beriman kepada kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu,serta mereka yakin akan adanya(kehidupan akhirat).Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan-Nya dan merekalah orang yang beruntung.(Al-Baqarah:1-5)


          Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus(makhluk-Nya);tidak mengantuk dan tidak tidur.Kepunyaan-Nya apa yang dilangit dan di bumi.Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya?Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.Kursi Allah meliputi langit dan bumi.Dan Allah tidak berasa berat memelihara keduanya,dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.(Al-Baqarah;225)


          Tidak ada paksaan untuk (memasuki)agama(Islam);sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah.Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah,maka sesungguhnya dia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akan putus.Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


          Allah pelindung orang yang beriman;Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan(kekafiran)kepada cahaya(iman).Dan orang yang kafir,pelindungnya ialah syaitan,yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kegelapan(kekafiran).Mereka itu adalah penghuni neraka;mereka kekal di dalamnya.(Al-Baqarah:256-257)


          Kepunyaan Allah segala yang di langit dan di bumi.Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya,nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu.Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya;dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.


          Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhan-Nya,demikian pula orang yang beriman.Semuanya beriman kepda Allah,malaikat-malaikat-Nya dan Rasul-rasul-Nya dan mereka mengatakan;"Kami tidak membezakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dan Rasul-rasul-Nya,"dan mereka mengatakan;"Kami dengar dan kami taat."(Mereka berdoa);"Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali."


          Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.(Mereka berdoa):"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah.Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang yang sebelum kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.Beri maaflah kami.Engkau -lah penolong kami,maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."(Al-Baqarah;284-286)


           Dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.Katakanlah:"Dialah Allah,Yang Maha Esa."Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadanya segala sesuatu.Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia."(Al-Ikhlas:1-4)


          Dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.Katakanlah:"Aku berlindung kepada Tuhan manusia,Raja manusia.Sembahan manusia.Dari kejahatan(bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi.Yang membisikkan(kejahatan)ke dada manusia.Dari jin dan manusia."(An-Nass:1-6)


Doa waktu pagi:
          Sesungguhnya kami berada di pagi hari dengan (kesedaran bahawa) kerajaan(bumi dan segala isinya)ini seluruhnya adalah milik Allah.Dan segala puji bagi Allah,tiada sekutu bagi-Nya,tiada Tuhan selain Dia dan kepada-Nya kami akan dibangkitnya.
          Kami berada di pagi hari dalam fitrah Islam dan kalimat ikhlas dan dalam ajaran bapa kami Ibrahim yang lurus sedang dia bukan seorang musyrik.
          Ya Allah,pada pagi ini kami nikmati afiat pemberianmu(keselamatan dari mara bencana) dan terjaganya rahsia-rahsia(dosa-dosa)ku,maka sempurnakan nikmatmu,afiatmu dan penjagaanmu itu atasku,di dunia dan akhirat.
          Ya Allah,nikmat apa saja yang aku peroleh di waktu pagi hari atau salah seorang di antara makhlukmu sebenarnya adalah daripadamu,yang esa dan tidak bersekutu,maka bagimu segala puji dan syukur.

Doa waktu petang:
          Sesungguhnya kami berada di petang hari dengan (kesedaran bahawa) kerajaan(bumi dan segala isinya) ini seluruhnya adalah milik Allah.Dan segala puji bagi Allah,tiada sekutu bagiNya,tiada Tuhan selain Dia dan KepadaNya kami akan dikembalikan.
          Kami berada dipetang hari dalm fitrah Islam dan kalimat ikhlas dan dalam agama Nabi kami,Muhammad s.a.w dan dalam ajaran bapa kami Ibrahim yang lurus sedang dia bukan seorang musyrik.
          Ya Allah,pada petang ini kami nikmati afiat pemberianmu(keselamatan dan mara bahaya)dan terjaganya rahsia-rahsia(dosa-dosa)ku,maka sempurnakan nikmatmu,afiatmu dan penjagaanmu itu atasku,di dunia dan akhirat.
          Ya Allah,nikmat apa sahaja yang aku peroleh di waktu petang hari atau salah seorang di antara makhlukmu sebenarnya adalah darimu,yang Esa dan tidak bersekutu,maka bagimu segala puji dan syukur.
          Hai Tuhanku,bagimu segala puji seagung kemuliaan wajahmu dan kebesaran kekuasaanmu.Aku telah rela dengan Alah sebagai Tuhanku dan dengan Islam sebagai agamaku dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasulku.
          Maha suci Allah dan segala puji baginya sebanyak bilangan ciptaannya dan keredhaannya dan seberat timbangan arashnya dan sebanyak dakwat(yang terpakai untuk menuliskan kalimatnya.
          Dengan nama Allah yang dengan namanya akan terhalanglah segala sesuatu di bumi dan di langit,untuk menimpakan bencana dan dia maha mendengar dan mengetahui.
          Ya Allah,kami berlindung kepadamu dari menyengutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon ampun dari(menyengutukanmu)dengan sesuatu yang tidak kami ketahui.
          Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna,dari kejahatan apa-apa yang diciptakan.Ya Allah,aku berlindung padamu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung padamu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
          Ya Allah,sihatkanlah badanku,ya Allah sihatkanlah pendengaranku,ya Allah sihatkanlah penglihatanku.Ya Allah sesungguhnya aku berlindung padamu dari kekafiran dan kefakiran;ya Allah,aku berlindung kepadamu dari azab kubur;tidak ada tuhan selain engkau.
           Ya Allah,Engkau adalah tuhanku,tiada tuhan selain Engkau.Engkau yang menciptakan dan aku abdimu dan aku berada dalam perjanjian denganmu,ikrar kepadamu,(yang akan kulaksanakan dengan)segala  kesempurnaanku;dan aku berlindung padamu dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan;aku mengakui(dengan sebenar-benarnya)nikmatmu kepadaku;dan aku mengakui dosaku,maka ampuni dosa-dosa kecuali Engkau.
          Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia,yang hidup dan selalu jaga;dan aku bertaubat kepadanya.Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad Nabi yang mulia kpeda keluarga baginda dan para sahabat baginda juga.