Sunday 8 January 2012

Berhati-Hati Dengan Kehidupan di Dunia

Dunia ini penuh dengan kebaikan dan keajaibannya.Manusia sering terpedaya dengan kebahagiaan kerana dunia ini penuh dengan sandiwara.Pada hakikatnya,mereka terlempar ke dalam kepalsuaan belaka.Apabila mereka menjadi lemah dan papa,dunia pasti meninggalkan mereka.

          Sewaktu keadaan fizikal manusia kuat dan penuh dengan nafsu,mereka dapat menikmati dunia sepenuhnya.Namun apabila mereka menjadi lemah,dunia melemparkan mereka dalam kehinaaan yang nyata.Mereka tidak dapat lagi menikmati dunia sungguhpun keindahan dan kemewahan dunia itu tetap wujud.

          Saudaraku yang seiman dan seperjalanan,apabila kita memandang dunia ini dengan mata kepala,ia memang indah menawan.Kita menyibukkan diri dengan seribu pesonanya.Tetapi apabila kita memandang dunia dengan mata hati,sesungguhnya kita kecewa dengan segala kecacatannnya.Ketahuilah bahawa dunia pasti berpisah dengan anda kecuali anda memanfaatkannnya demi kepentingan akhirat.Makanan menyeksa anda kecuali anda memakannya sekadar memenuhi keperluan tubuh bagi beribadah kepada zat yang memberikan makanan itu iaitu Allah.Pada hakikatnya,semua kesibukan yang memalingkan diri anda daripada mengabdikan diri dan beribadah kepada Allah adalah bencana

No comments:

Post a Comment