Thursday 12 January 2012

Berhati-hati dengan Perilaku Iblis dan Syaitan

Kita sedia maklum,iblis dan syaitan sentiasa berusaha menyesatkan seluruh bani Adam.Oleh sebab itulah,kita mesti bersedia menghadapi mereka dan memerangi hati mereka.Jin adalah makhluk Allah yang diciptakan daripada api.Jin bersifat rohaniah dan dilengkapi dengan akal.Sama seperti manusia,Allah memerintahkan jin supaya mengabdikan diri mereka kepada Allah.Perintah Allah kepada bangsa jin supaya menyembahnya sama dengan perintah Allah kepada manusia.Jin mampu menampilkan dirinya dalam pelbagai bentuk di hadapan manusia.Penampilan jin itu terbahagi kepada tiga kelompok:

1. Menyerupai haiwan seperti anjing,kucing,ular,kala jengking dan pelbagai jenis serangga tanah lainnya.

2. Menyerupai angin yang berhembus kencang dan berdesir.

3. Menyerupai manusia.Jin yang termasuk dalam kelompok ini adalah jin yang memeluk agama Allah.Ketentuan pahala dan dosa berlaku baginya sama seperti manusia.

          Syaitan adalah keturunan iblis dan jin yang ingkar ataupunkafir.Mereka selalu mengganggu dan menggoda manusia.Allah melarang manusia daripada mengikuti langkah-langkah syaitan.Dalam hal ini Allah berpesan,

"Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya,syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu."(surah al-Baqarah,ayat 168)


          Syaitan menakut-nakutkan manusia dengan kemiskinan dan menyeret hati manusia serta memerintahkan akalnya bagi melakukan larangan Allah.Hal ini dinyatakan di dalam Al-Quran seperti berikut,

"Syaitan menjanjikan kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu berbuat keji."(surah al-baqarah,ayat 268)


          Allah melarang ahmbanya berkawan dengan syaitan kerana kerana syaitan itu musuh bani Adam yang jelas dan terbukti ia menyeret nenek moyang kita dalam kenistaan yang nyata.Allah mengingatkan,

"Sesiapa menjadikan syaitan sebagai temannya,maka ketahuilah itu adalah teman yang jahat."(surah an-nisak,ayat 38)

          Iblis adalah nenek moyang syaitan.Pada mulanya,tarafnya sama tinggi dengan malaikat.Namun,iblis menjadi kafir sejak ia membangkang perintah Allahyang memerintahkan semua malaikat sujud kepada Nabi Adam.Semua malaikat melaksanakan perintah Allah itu kecuali iblis.Iblis enggan menurut perintah itu kerana dia yakin Adam dan keturunannya hanya bakal melakukan kerosakan di muka bumi.Mereka pasti berperang dan menumpahkan darah seperti makhluk Allah sebelumnya iaitu Banuljan.Oleh sebab iblis menentang perintah Allah ini,maka Allah menetapkannya sebagai makhluk yang sesat dan bakal menjadi penghuni neraka jahanam.

          Iblis dan syaitan adalah musuh Allah danmmanusia nyata.Apabila manusia tidak menyedari hal ini,kedua-dua makhluk ini dengan mudah mampu mangancam dan menyesatkan manusia.Ini juga bermakna manusia bergabung atau bekerjasama dengan iblis dan syaitan.Neraka Allah pasti tersedia untuk mereka ini.

Kelompok iblis dan syaitan

Al-Quraisy berkata,"Iblis memiliki lima keturunan dan keturunan ini kemudian menjadi pasukan-pasukan syaitan."Pasukan-pasukan syaitan itu adalah seperti berikut:

1. Tsabr iaitu syaitan yang bertugas menyesatkan manusia yang sedang ditimpa musibah seperti kematian,kecelakaan dan kebakaran.Mudah bagi syaitan menyesatkan manusia yang tidak dapat menerima sesuatu musibah dengan tenang dan wajar.Manusia yang termasuk dalam golongan ini menyesali musibah yang menimpa mereka dengan menangis meraung-raung sambil mengoyak pakaian,menampar pipi dan mengeluarkan kata-kata yang menyalahkan Allah.

2. A'war iaitu syaitan yang bertugas menyesatkan manusia melalui nafsu syahwatnya.Syaitan ini menyeret manusia melakukan zina dengan mempengaruhi akal akal manusia supaya dia membayangkan perbuatan-perbuatan keji sebagai khayalan yang mengasyikkan.Syaitan a'war juga mempengaruhi manusia menghisap dadah dan hidup dalam khayalan serta kepalsuan.

3. Mabsuth iaitu syaitan yang bertugas menyesatkan manusia melalui perbuatan bohong dan menipu.

4. Dasim iaitu syaitan yang bertugas menyesatkan manusia dalam penceraian suami isteri,bermusuhan dengan saudara,teman-teman dan memutuskan hubungan silaturrahim.Syaitan dasim melakukan hal ini dengan melemparkan fitnah dan tuduhan keji di antara mereka sehingga timbul buruk sangka,kebencian dan penceraian.

5. Zalanbur iaitu syaitan yang bertuga menyesatkan orang-orang yang berada di pasar dan dalam dunia perniagaan supaya mereka saling menzalimi dan menipu satu sama lain.Pada kenyataannya,kita dapat lihat sendiri bagaimana ramainya manusia terjebak,terseret oleh tipu daya iblis dan syaitan.Sedikit sahaja manusia yang mampu menghindarinya.Oleh sebab itulah,ramai peniaga tidak mempedulikan halal dan haram.Mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata.Perkara ini menjadi kelaziman bagi mereka.

          Saudaraku yang sehati,seiman dan seperjalanan,musuh kita begitu kuat dan tidak pernah berputus asa.Mereka sentiasa mengintai hati kita.Mereka berusaha membelokkan hati manusia seperti pemandu kereta yang membelokkan keretanya dengan stereng.Mereka mengendalikan hati manusia seperti penunggang kuda mengendalikan kudanya dengan tali kekangnya.Syaitan dan iblis itu begitu profesional dalam membolak- balikkan hati manusia.Mereka bersahabat baik dengan hawa nafsu kita.

          Hati kita sesuai dengan sifatnya,terbuka bagi menerima pengaruh malaikat iaitu cahaya kebenaran daripada Allah.Hati kita terbuka menerima ilham daripada Allah dan pada waktu yang sama,hati kita juga terbuka menerima pengaruh-pengaruh daripada syaitan dan iblis.Apabila hal itu berlaku,syaitan dan iblis menguasai hati dan hawa nafsu kita.

          Dengan demikian kita perlu sentiasa berwaspada.Kita mesti menyedari ,kita berada dalam peperangan  melawan iblis dan syaitan sepanjang perjalanan hidup kita di dunia ini.Apabila hati kita lalai walau sedetik,iblis dan syaitan berpeluang mencengkam hati kita.Seperti perumpamaan syaitan dan iblis itu adalah seperti anjing yang kelaparan.Apabila kita mendekatinya tanpa sepotong daging atau roti,pasti dia tidak mahu pergi apabila kita menghalaunya.Apalagi,sekiranya kita hanya menghalaunya dengan kata-kata.

          Begitu juga dengan hati yang kosong.Hati yang kosong menjadi santapan bagi syaitan dan iblis.Kedua-dua makhluk itu hanya mahu pergi jauh daripada hati kita apabila kita mengusirnya dengan zikrullah yang berasaskan ilmu yang kukuh dan hati yang ikhlas.Orang-orang yang berakal wajib menjaga diri mereka daripada musuh yang menyatakan komitmen permusuhannya di hadapan Allah sejak Allah mencipta nenek moyang kita,Nabi Adam.Iblis berkata kepada Allah,"Kerana engkau menyesatkan aku,pasti aku selalu menghalang mereka daripada jalanmu yang lurus.Kemudian pasti aku mendatangi mereka dari depan,dari belakang,dari kanan dan dari kiri mereka.Engkau mendapati kebanyakan daripada mereka tidak bersyukur kepadamu."(surah al-akraf,ayat 16-17)

          Musuh manusia itu menghabiskan waktunya selama ini bagi menyesatkan seluruh keturunan Adam daripada jalan Allah.Oleh itu Allah memberikan peringatan kepada seluruh manusia seperti berikut:

"Wahai manusia!makanlah makanan yang halal dan baik yang terdapat di bumi serta janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu merupakan musuh yang nyata bagi bagimu.Syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji serta mengatakan apa yang tidak kamu ketahui tentang Allah."(surah al-baqarah ayat 168-169)     
      

No comments:

Post a Comment