Tuesday 17 January 2012

Bertaubat kepada Allah

Pengertian Taubat

Kotoran atau dosa mewujudkan tirai penutup atau hijab yang memisahkan hati seorang hamba dan Allah.Allah menunjukkan kepada kita bagaimana kita dapat menghancurkan hijab hati itu.Caranya adalah dengan membedah dada seperti yang dilaksanakan ke atas Nabi Muhammad.Pembedahan dada yang yang pertama terjadi sewaktu Nabi Muhammad masih kanak-kanak iaitu semasa beliau berusia tiga tahun.Pembedahan berikutnya dilakukan ketika Nabi Muhammad hendak melalui Israj Mikraj.Taubat ialah menyesali segala kekurangan dan kesalahan yang dilakukan.Ia meliputi perilaku anggota tubuh dan perilaku rohani,baik yang dilakukan secara sedar mahupun tidak.Nabi Muhammad berkata,"Penyesalan adalah suatu taubat."(Hadis riwayat Abu Daud dan Hakim)

          Dengan tegar Allah memerintahkan umat Nabi Muhammad supaya bertaubat kepadanya.Allah mengulang kata'taubat'sebanyak 69 kali di dalam Al-Quran.Antara lain adalah ayat-ayat di bawah ini:

"Bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."(surah an-Nur,ayat 31)

"Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya."(surah at-Tahrim,ayat 8)


"Sesungguhnya,Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri."(surah al-Baqarah,ayat 222)


          Taubat menentukan kedudukan manusia di sisi Allah.Sehubungan itu,kita dapat memahami kenyataan Nabi Muhammad berikut.Beliau berkata,


"Wahai segenap manusia,bertaubatlah kamu kepada Tuhan kamu.Sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah 100 kali dalam sehari."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


          Nabi Muhammad mengesahkan suatu peristiwa yang menggambarkan kegembiraan seorang manusia dan kegembiraan Allah apabila seorang hambanya bertaubat.Begini kisahnya,"Ada seorang hamba Allah yang sedang berada dalam perjalanan.Dia membawa unta dan meletakkan bekalan makanan dan minuman di belakang unta itu.Dalam perjalanan,dia berasa lelah.Oleh itu dia berehat dan terus tertidur.Apabila dia terjaga,dia terkejut kerana untanya hilang bersama bekalan makanan dan minumannya.Dia mencari ke sana ke mari tetapi tidak bertemu dengan untanya.Lama-kelamaan,dia menjadi tidak berdaya ,kelaparan dan kehausan.Kemudian dia berkata,'lebih baik aku ke tempat aku tertidur tadi dan tidur lagi sehingga ajal datang menjemputku.'Dia kembali ke tempat tidurnya tadi,meletakkan kepala di atas lengan dan bersedia menunggu kematian.Namun tidak lama selepas itu,dia terbangun dan melihat untanya berada disampingnya.Semua bekalan makanan dan minumannya tidak sedikit pun berkurangan.Betapa gembiranya orang itu.Namun kegembiraan Allah apabila hambanya bertaubat melebihi kegembiraan orang yang bertemu semula dengan untanya yang hilang.

          Kisah-kisah seperti ini banyak kita jumpa dalam hadis Nabi Muhammad yang pada asasnya mewajibkan manusia bertaubat kerana setiap dosa yang mereka lakukan boleh merosakkan dan menjauhkan mereka daripada Allah.Oleh itu kita perlu segera menghancurkan hijab yang ada di hati kita dengan cara bertaubat kepadaNya.

          Kita perlu bertaubat secara terus-menerus kerana manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan.Walaupun kita bebas daripada menderhaka kepada Allah secara fizikal,belum tentu kita bebas daripada hasrat hendak melakukan perbuatan dosa.Seandainya kita bebas daripada menderhaka kepada Allah,tidak mungkin kita bebas daripada godaan syaitan yang sentiasa inginkan manusia lalai dari mengingati Allah.Antara sifat-sifat buruk manusia adalah pelupa,iri hati,selalu berasa tidak puas hati dan malas.Ini semua menunjukkan kekurangan manusia.Tidak ada satu pun manusia yang sempurna kerana memang ketidaksempurnaan itulah ujian bagi manusia.Nabi Muhammad berkata,

"Setiap anak Adam pasti bersalah dan orang bersalah yang baik adalah mereka yang bertaubat."(Hadis riwayat Imam Ahmad)


          Orang yang beriman dan orang yang munafik melihat dosa dengan cara yng berbeza.Orang yang beriman memandang dosa sebagai sesuatu yang besar laksana gunung yang akan runtuh dan hampir menimpa dirinya.Dia berasa gusar,gundah-gulana dan khuatir atas keselamatan dirinya daripada runtuhan gunung itu.Walaupun dia melakukan dosa secara tidak sengaja ataupun dalam keadaan terpaksa,dia tetap berasa demikian.

          Berbeza bagi orang munafik yang tidak memiliki ketetapan dan keyakinan.Apabila mereka melakukan dosa,sama ada ia sengaja atau tidak melakukannya mereka cuma akan merasakan seperti seekor lalat hinggap di tubuh mereka.Lalu mereka mengusir lalat itu dan terbanglah ia.Mereka sedikit pun tidak menyesali perbuatan mereka.Mereka memandang rinagn terhadap dosa yang pernah mereka lakukan.

          Apabila orang-orang yang beriman hendak mendekatkan diri kepada Allah,mereka sentiasa memohon dan mengharap keredhaan Allah supaya Allah menutupi segala kekurangannya dan melatakkan diri mereka sebagai muttabi yang bermaksud pengikut Nabi Muhammad. 

    

No comments:

Post a Comment