Friday 13 January 2012

Dialog iblis dengan Nabi Muhammad(1)

"Wahai saudaraku,fahami dan kenalilah strategi iblis dan syaitan supaya kita selamat daripada perangkap dan tipu dayanya.Mereka adalah musuh kita yang nyata dan menyebabkan ramai orang menjadi penghuni neraka."

Dialog Nabi Muhammad dengan iblis terjadi sewaktu Allah memerintahkan iblis,melalui malaikat jibril,menemui Nabi Muhammad dan memberitahu strateginya hendak menyesatkan bani Adam.

Dialog ini terkandung dalam hadis nabi yang disampaikan oleh Muadz bin Jabal daripada Ibnu Abbas.Hadis itu berbunyi,"Kami,Ibnu Abbas dan sahabat Nabi Muhammad yang lain sedang bersama beliau di rumah seorang sahabat Ansar,tiba-tiba,ada suara orang yang memanggil Nabi Muhammad dari luar rumah,'Wahai penghuni rumah,adakah kamu mengizinkan aku masuk?

Nabi Muhammad bertanya kepada para sahabat,'Tahukah kamu,siapa yang memanggil dari luar itu?

''Tentu Allah dan rasulnya lebih mengetahui,'jawab sahabat.Nabi Muhammad menjelaskan,'Itu adalah iblis yang terkutuk.Semoga Allah sentiasa melaknatnya.'

Umar Ibnu Khattab bertanya,'Ya rasul,adakah engkau mengizinkan aku membunuhnya?

Nabi menjawab,'Bersabarlah wahai Umar.Tidaklah engkau tahu,kematian iblis itu tertunda sehingga batas waktu yang ditentukan iaitu Hari Kiamat?

Kemudian,Nabi Muhammad memerintahkan,'Bukakanlah pintu baginya kerana kedatangannya ke sini adalah atas perintah Allah.'

Apabila pintu dibuka,iblis pun masuk dalam bentuk seorang lelaki tua buta sebelah matanya.Dia mempunyai janggut sebanyak tujuh helai rambut yang panjang seperti rambut kuda.Kelopak matanya membujur ke atas,kepalanya seperti gajah yang besar,gigi taringnya panjang terjulur keluar seperti taring khinzir dan kedua-dua bibirnya tebal seperti bibir kerbau.Dia mengucapkan 'Assalamualaika,ya Muhammad,assalamualaium,ya jemaah!'

Nabi Muhammad menjawab,'Assalamu lillah,ya la'in' yang bermaksud'keselamatan hanya milik Allah,wahai makhluk terkutuk.Saya dengar engkau ada keperluan dengan kami.Apakah keperluanmu,wahai iblis?'

Kata iblis,'Wahai Muhammad,aku datang ke sini bukan atas kemahuanku sendiri tetapi aku datang ke sini kerana terpaksa.Allah mengutuskan seorang malaikat kepadaku.Malaikat itu berkata,'Allah memerintahkanmu pergi kepada Muhammad,sementara engkau adalah makhluk yang rendah dan hina.Engkau perlu memberitahunya tentang hal-hal berikut:

a. Bagaimana engkau menggoda dan memperdaya anak cucuc Adam.

b.Bagaimana engkau memujuk dan merayu mereka.

c.Engkau mesti menjawab setiap pertanyaan Muhammad dengan jujur.

d.Demi kesabaran dan keagungan Allah,apabila engkau menjawab dengan berbohong walaupun hanya sekali,Allah akan menjadikan engkau debu yang dihempas oleh angin kencang dan musuh-musuhmu pasti berasa gembira.'

'Wahai Muhammad,sekarang aku datang kepadamu dengan membawa beban yang diperintahkan kepadaku.Jadi tanyakanlah apa sahaja yang engkau inginkan.Sekiranya aku tidak menjawab dengan jujur,maka musuh-musuhku berasa gembira atau musibah yang bakal aku terima.Sesungguhnya,tidak ada beban yang lebih berat bagiku daripada mengembirakan musuh-musuhku atas musibah yang menimpa diriku,'kata iblis.

Nabi Muhammad bertanya,'Siapakah orang yang paling engkau benci?

'Engkau,wahai Muhammad,'jawab iblis.

'Siapa lagi?tanya Nabi Muhammad.

Iblis menjawab,'Pemuda Mualim yang bertakwa dan mencurahkan waktu serta perhatiannya hanya kepada Allah,orang alim yang warak dan sabar,oranga yang sentiasa suci daripada tiga kotoran hadas besar,kecil dan najis dengan cara mengekalkan wuduk,orang kafir yang sabar iaitu mereka yang tidak mengeluhkan penderitaan mereka kepada orang lain selama tiga hari,orang kaya yang bersyukur iaitu orang yang mengambil kekayaan daripada apa Allah halalkan dan membelanjakannya mengikut ketentuan-ketentuan syariat.'

Nabi Muhammad bertanya lagi,'Bagaiman keadaan dirimu apabila umatku melaksanakan solat?

Iblis menjawab,'Aku terus menjadi gelisah dan gementar.'

Mengapa?tanya Nabi Muhammad.

Iblis menjawab,'Sesungguhnya,apabila seorang hamba sujud kepada Allah satu kali,Allah menaikkan darjatnya satu tingkat.Apabila mereka berpuasa,aku terbelenggu sehingga mereka berbuka puasa.Apabila mereka melakukan ibadah haji,aku menjadi gila.Apabila mereka membaca Al-Quran,aku cair umpama timah yang dipanaskan.Apabila mereka bersedekah,sedekah itu umpama kapak yang membelah diriku menjadi dua.'

'Mengapa begitu,wahai Abu Murrah(gelaran iblis)?'tanya Nabi Muhammad lagi.

Jawab iblis,'Ketahuilah wahai Muhammad!Sedekah itu memiliki empat hikmah.Hikmah yang pertama,Allah memberi keberkatan dalam hartanya.Hikmah yang kedua,Allah menjadikannya orang yang disenangi dalam kalangan makhluknya.Hikmah yang ketiga,Allah menjadikan sedekah itu penghalang dirinya daripada pelbagai bencana dan penyakit.'

'Apakah pendapatmu tentang Abu Bakar As-Siddiq,Umar Ibnu Khattab,Uthman Ibnu Affan dan Ali bin Abi Talib?Nabi Muhammad bertanya seterusnya.

Iblis menjawab,'Sejak masih jahiliah lagi,Abu Bakar tidak pernah taat kepadaku,apalagi selepas dia mengikutmu.Demi Allah,setiap kali aku bertemu dengan Umar,aku pasti lari.Aku malu pada orang yang para malaikat malu kepadanya seperti Uthman kerana dia adalah seorang dermawan.Andaikan aku dapat selamat daripada Ali dan tidak pernah berjumpa dengannya,hal itu lebih baik bagiku.Tetapi,ia tidak pernah terjadi.'

Nabi Muhammad berkata,'Segala puji bagi Allah yang membahagiakan umatku dan mencelakakanmu sehingga waktu yang ditentukan!'

Iblis berkata,'Muhammad,tidak mungkin umatmu bahagia kerana aku tetap hidup sehingga hari kiamat sedangkan umatmu meninggal dunia.Aku mampu masuk kedalm tubuh mereka melalui aliran darah dan dagingnya sedangkan mereka tidak dapat melihatku.Demi Allah yang menciptakanku dan menunda kematianku,sesungguhnya aku akan menyesatkan seluruh manusia,yang bodoh dan yang pandai dan yang boleh membaca Al-Quran,yang jahat dan yang rajin beribadah,kecuali hamba-hamba Allah yang ikhlas.'

Siapakah hamba Allah yang ikhlas itu?tanya Nabi Muhammad.

'Orang-orang yang tidak mencintai dirham dan dinar iaitu kekayaan duniawi,oarang yang tidak suka dipuji oleh sesamanya dan orang yang hatinya tidak terbelenggu oleh kesenangan dunia.Dengan itu,mereka pasti lebih mendengarkan kata-katakundan taat kepadaku daripada taat kepadamu.

Ketahuilah wahai Muhammad,mencintai dunia dan kedudukan itu termasuk dosa besar.Wahai Muhammad,apakah engkau tidak tahu,kau memiliki 70 000 anak.Setiap satu anakku pula memiliki anak sebanyak 70 000 syaitan dan setiap cucuku itu melahirkan 70 000 lagi syaitan.Begitulah seterusnya,kami sentiasa berganda sebanyak 70 000.Di antara mereka ada yang aku tugaskan bagi menggoda ulama,pemuda dan orang tua.Bagi kami,menyesatkan anak-anak muda itu begitu mudah seperti mempermainkan anak-anak kecil.

       

 

No comments:

Post a Comment