Friday 13 January 2012

Dialog Iblis dengan Para Nabi dan Rasul

1. Dialog iblis dengan Nabi Yahya

Pada suatu ketika,iblis menampakkan dirinya di hadapan Nabi Yahya bin Zakaria.Iblis membawa banyak kantung yang diperbuat daripada bermacam-macam benda.Lalu Nabi Yahya bertanya kepadanya,"Hai iblis,apakah gunanya semua kantung yang bergantungan di seluruh tubuhmu itu?"

"Ini adalah syahwat-syahwat anak Adam.Dengan kantung-kantung ini,aku memancing syahwat anak Adam,"jawab iblis.

"Adakah engkau juga menyediakan pancing untuk aku?"tanya Nabi Yahya.Iblis menjawab,"Ya!Nanti apabila perutmu kenyang aku lalaikan dirimu daripada solat dan zikir."

Nabi Yahya bertanya lagi,"Ada lagi pancing yang lain?Tidak ada jawab iblis.

Abdullah bin Ahmad berkata,"Syaitan sering mengganggu manusia yang sedang solat.Dia datang kepadamu,'Sebenarnya engkau solat dalam keadaan menunjuk-nunjuk.Teruskan sahaja solatmu dan panjangkanlah waktu solatmu."

2. Dialog iblis dengan Nabi Noh

Nabi Noh berjumpa dengan iblis ketika beliau naik ke atas perahunya.Di atas perahunya,Nabi Noh melihat seorang tua yang tidak dikenali.Nabi Noh bertanya,"Mengapa engkau naik ke perahu ini?"

"Alu hendak memerangkap hati para pengikutmu supaya hati mereka bersam aku dan tubuh mereka bersama   kamu,"jawab iblis.

"Turun dari perahu ini,wahai musuh Allah!",perintah Nabi Noh.Iblis berkata,"Aku membinasakan manusia dengan lima perkara.Aku memberitahumu tiga di antaranya dan aku rahsiakan dua perkara."

Ketika itu Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Noh supaya beliau meminta iblis memberitahu dua perkara sahaja dan merahsiakan tiga perkara lainnya.

Kemudian iblis berkata,"Dengan dua perkara itu aku dapat membinasakan manusia.Dua perkara itu tidak mungkin hilang daripada diri manusia iaitu iri hati dan sombong.Wahai Noh,kerana aku iri hati dan dengki kepada Adam,aku dilaknat dan ditetapkan oleh Allah sebagai makhluk yang terkutuk,kerana aku sombong serta merendahkan Adam,maka aku terusir dari syurga."

3. Dialog iblis dengan Nabi Musa

Pada suatu hari,Nabi Musa berjumpa dengan iblis.Iblis itu berkata kepadanya,"Hai Musa,Allah memilihmu untuk menyebarkan perintah dan larangannya.Allah juga berkata kepadamu,aku adalah ciptaannya.Aku berdosa kepada Allah dan sekarang aku hendak bertaubat kepadanya.Aku mohon engkau berdoalah kepada Allah supaya dia mengampuni dosaku."

Nabi Musa pun berdoa kepada Allah supaya Allah memaafkan dosa-dosa iblis.Kemudian iblis bertanya,"Hai Musa,adakah Allah memaafkan aku dengan doamu itu?

Nabi Musa berkata,"Allah memaafkan dan menerima taubatmu sekiranya kamu mahu sujud di makam Adam."

Mendengar kata-kata Musa itu,iblis menjadi marah dan berkata,"Hai Musa,aku tidak mahu sujud kepada Adam ketika dia masih hidup,apatah lagi dia sudah mati.Adakah engkau fikir aku mahu sujud kepada Adam selepas dia mati?"

Kemudian iblis berkata kepada Musa,"aku terhutang budi kepadamu.Ingatlah aku selalu.Berhati-hatilah pada empat perkara ini dan aku tidak membinasakanmu.

a. Ingatlah kepadaku ketika engkau sedang marah kerana aku menguasai hatimu sepenuhnya.Mataku tepat berada pada matamu dan aku mengalir di dalam tubuhmu mengikut aliran darah.

b. Ingatlah kepadaku ketika engkau sedang bertempur dalam peperangan.Aku datang kepada anak-anak Adam ketika mereka sedang berjuang dan aku mengingatkan mereka tentang anak-anak dan isteri yang mereka tinggalkan.

c. Ingatlah kepadaku ketika engkau keras kepala.Ketahuilah,pada saat itu aku menguasai sepenuhnya hati anak Adam.Mudah bagi aku mempermainkan hati mereka seperti anak kecil bermain dengan bolanya.

d. Ingatlah kepadaku ketika engkau sedang berdua-duaan dengan seorang perempuan.Aku menguasai mereka dan menimbulkan ghairah cinta di antara mereka berdua sehingga mereka melakukan perbuatan dosa."

Sewaktu Nabi Musa sedang bermunajat kepada Allah,iblis datang mendekatinya.Malaikat menahannya dan bertanya "Celaka engkau! Apa yang engkau kehendaki daripada Musa?Dia sedang bermunajat kepada Tuhannya."Iblis menjawab,"Aku mengharap daripadanya seperti apa yang kuharapkan daripada bapanya,Adam,ketika dia masih berada di syurga."

Pada suatu ketika,iblis menghadiri suatu majlis yang dipimpin oleh Nabi Musa dengan memakai kain selendang berwarna-warni.Sebaik tiba di majlis itu,iblis menaggalkan selendangnya dan meletakkan selendang itu di bawah sambil mengucapkan salam kepada Nabi Musa"Assalamualaikum,ya Musa!"

"Siapa engkau ini?tanya Nabi Musa.

Jawabnya,"Aku iblis!Aku datang bagi mengucapkan selamat kepadamu kerana kenaikan darjatmu di sisi Allah."

"Aku lihat engkau menaggalkan kain selendangmu.Apakah gunanya selendang itu?tanya Nabi Musa

"Aku menggunakan selendang itu bagi memperdayakan hati anak Adam."jawab iblis.

Bagaimana engkau perdayakan hati anak-anak Adam dengan selendangmu itu?"tanya Musa lagi.

Iblis menjawab,"Aku menyesatkan mereka ke dalam kehinaan sewaktu mereka berasa megah dengan dan bangga serta semasa mereka berasa mempunyai amalan yang banyak.Pada saat itu,mereka lupa pada dosa-dosa mereka.Ketika itulah aku datang menyesatkan mereka ke dalam kehinaan dengan tiga perkara berikut:

a. Wanita.Berhati-hatilah dengan wanita.Ingatlah,ketika seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan seorang wanita yang tidak halal baginya,aku menjadi temannya yang ketiga.Aku menggoda mereka supaya mereka melakukan perbuatan zina.

b. Janji.Jangan engkau berjanji kepada Allah kecuali engkau segera memenuhinya.Aku pasti datang pada waktu itu dan memperdayakan engkau.Aku menghalang pelaksanaan janji itu dengan menunda dan melalaikan engkau sehingga engkau tidak dapat menepati dan melaksanakannya.

c. Amanah.Janganlah engkau menerima amanah dan sedekah termasuk zakat kecuali engkau segera menyalurkannya kepada yang berhak.Ketika itu aku menjadi pendamping engkau dan menyesatkan engkau sehingga engkau tidak meneruskan amanah dan sedekah itu kepada yang berhak.Akhirnya,anak-anak Adam itu sesat dan teraniaya."

Kemudian iblis pergi meninggalkan majlis itu.Nabi Musa berkata,"Alanagkah celakanya iblis itu!"sehingga tiga kali.

Nabi Muhammad berkata,"Apabila Allah mengutusku sebagai utusannya,iblis pun sibuk mengutus para syaitan sebagai utusannya bagi menyesatkan para sahabatku dan umatku."

No comments:

Post a Comment