Sunday 8 January 2012

Hijab Hati

Sebahagian besar ulama sepakat mengatakan hati manusia ibarat cermin.Cermin menampilkan setiap objek yang dicerminkan lalu memantulkannya kembali bagaikan cahaya lampu yang memancar.Melalui pancainderanya di hadapan cermin,manusia dapat menangkap dirinya sendiri.Apabila objek yang tercermin itu adalah sesuatu keindahan objek itu pasti akan terpantul kembali.Apabila objek yang tercermin itu adalah suatu kemungkaran,apa yang terpantul adalah kabut gelap yang menutupi cermin itu sehingga ia tidak lagi dapat menyerap bayangan objek yang nyata.

          Hati manusia yang tertutup oleh kabut gelap ini cenderung mendekati hal-hal yang negatif.Walaupun mereka mengetahui tentang kebaikan namun mereka tidak mampu mendekati,apa lagi melakukan kebaikan.Ini kerana kemungkaran menyatu dalam diri mereka dan mereka tidak lagi merasakan kemungkaran sebagai suatu yang mesti dihindari.Mereka merasakan ia adalah perkara biasa,malah perkara yang menyeronokkan.Misalnya,orang yang biasa menurut nafsu perutnya cenderung menurut nafsu syahwatnya.Begitu juga dengan orang yang sering memakan rezeki yang haram,dia cenderung melakukan kemungkaran.

          Baik secara lahiriah mahupun batiniah,setiap perilaku manusia yang bertentangan dan tidak mengikut hukum-hukum Alllah,pada hakikatnya menghasilkan kabut gelap yang menutup hati daripada cahaya kebenaran ilahi.

          Abu Hurairah menyatakan bahawa Nabi Muhammad pernah berkata yang bermaksud,"Apabila seorang hamba berbuat dosa,timbul satu nokhtah hitam dalam hatinya.Apabila dia bertaubat atas perbuatan dosa itu,hatinya kembali bersih dan berkilau.Tetapi apabila dia menambah perbuatan dosa,nokhtah hitam di hatinya juga bertambah.Nokhtah hitam inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat berikut,'Apa yang mereka kerjakan itu menutupi hati mereka,'(Hadis riwayat tarmizi,Nasai dan Ibnu Majah)


          Nokhta hitam yang menutupi hati manusia sehingga boleh menyebabkan ianya menjadi karat dan lalai menuruti perintah Allah berpunca daripada empat perkara iaitu harta dunia,hawa nafsu,iblis dan syaitan.Empat perkara inilah yang merosakkan perkataan,perilaku,perjalanan dan tujuan hidup manusia. 

No comments:

Post a Comment