Wednesday 11 January 2012

Mengendalikan Nafsu

Nafsu manusia terdiri daripada dua jenis seperti berikut:

1. Nafsu tercela yang terhasil daripada nafsu amarah iaitu keinginan nafsu kepada kelazatan jasmani.Antaranya adalah malas,angkara dan syahwat.Apabila nafsu malas,angkara dan syahwat mendominasi akal,ia disebut hawa.Ketiga-tiga nafsu itu selalu mengikut perintah nafsu amarah dan berusaha menundukkan akal supaya mengikutnya.Dengan itu manusia yang tunduk kepada nafsu ini menghabiskan sebahagian besar hidupnya bagi menuruti rasa malas,angkara dan syahwatnya.Ini termasuklah syahwat kekayaan material,ayahwat pangkat atau kedudukan,ayahwat populariti dan ayahwat biologi.Dalam keadaan ini,akal hanya menjadi pengikut nafsu amarah dan ia bekerja keras bagi mengikut perintah nafsu tanpa mempedulikan syariat.Di dalam Quran,surah Yusuf,ayat 53 menyatakan yang bermaksud"Aku tidak mengatakan diriku bebas daripada kesalahan kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan,kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku.Sesunggguhnya,Tuhanku maha pengampun dan maha penyayang."


2. Nafsu terpuji iaitu potensi kekuatan jiwa seseorang.Dengan nafsu ini,manusia bergerak bagi memperoleh manfaat bagi dirinya.Manfaat ini termasuklah kebaikan bagi jasmani dan rohani iaitu sesuatu yang menyihatkan dan menstabilkan jiwa.Allah berkata"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhainya.Masuklah dalam golongan hamba-hambaku dan masuklah ke dalam syurga."(surah al-farj ayt 27-30)


Kedudukan manusia dalam hubungannya dengan nafsu terbahagi kepada tiga tahap seperti berikut:

1. Nafsu menguasai dan mengalahkan manusia.Dengan kata lain,manusia tidak mampu mengekang nafsunya.Keadaan seperti inilah yang dialami oleh majoriti manusia.Ramai manusia berperilaku demikian kerana mereka sentiasa mengikut kehendak-kehendak nafsu.Mereka bekerja dan berusaha demi memuaskan jasmani dan ayahwat semata-mata.

2. Manusia yang sentiasa memerangi nafsu dalam kehidupannya.Kadang-kadang,dia menang dan kadang-kadang,dia kalah.Orang seperti ini termasuk dalam golongan pejuang.Nabi Muhammad berkata,"Berjuanglah melawan hawa nafsumu sebgaaimana engkau berjuang melawan musuhmu."

3. Manusia yang dapat mengalahkan,menguasai dan mengendalikan nafsunya dalam apa jua keadaan sekali pun.Orang-orang seperti ini adalah manusia pilihan Allah.Mereka bebas daripada menjadi hamba kepada nafsunya dan oleh sebab itu,mereka menikmati kemerdekaan yang sempurna.Nabi Muhammad dan para wali  Allah termasuk dalam golongan ini.

No comments:

Post a Comment