Sunday, 15 January 2012

Dialog Iblis dengan Nabi Muhammad(2)

Wahai Muhammad pernahkah engkau mendengar tentang Barshisha?Dia adalah seorang rahib yang beribadah dengan ikhlas selama 70tahun sehingga doanya dapat menyembuhkan orang-oarng yang sakit.Aku tidak pernah berhenti menggodanya sehingga dia melakukan zina dengan seorang pesakitnya dan kemudian dia membunuh pesakitnya itu.Akhirnya,Barshisha mati dalam keadaan kafir.

          Allah menyebut kisah ini di dalam Al-Quran,'Pujukan orang-orang munafik itu sama seperti pujukan syaitan ketika ia berkata kepada manusia,'Kafirlah kamu!'Kemudian ketika manusia itu menjadi kafir ia berkata,'Sesungguhnya aku melepaskan diri daripada kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah,Tuhan seluruh alam.'(surah al-Hasyr,ayat 16)

          Wahai Muhammad,apakah engkau tidak tahu setiap kebodohan itu datang daripadaku dan akulah makhluk yang pertama berbohong sehingga orang-orang yang berbohong adalah temanku.Orang-orang yang bersumpah atas nama Allah padahal mereka berbohong,mereka itu adalah kekasihku.

          Wahai Muhammad,apakah engkau tidak tahu aku pernah bersumpah atas nama Allah bagi menipu Adam dan Hawa.Setiap kali mereka bersumpah dengan nama Allah sedangkan mereka berbohong,ia menyenangkan hatiku.Sementara itu,setiap perbuatan mengadu domba dan mengumpat itu adalah santapan dan kesukaanku.Setiap kesaksian dusta adalah kesenanganku dan penyejuk mataku.

          Apabila seseorang bersumpah atas nama Allah untuk menceraikan isterinya,aku menggodanya sehingga dia menggucapkan lafaz cerai.Dengan demikian,haram baginya menggauli isterinya.Kemudian,aku terus menggodanya sehingga dia tetap menggauli isterinya.Hasilnya,lahirlah anak haram daripada perbuatan zina mereka.Akibatnya,seluruh keturunannya masuk neraka gara-gara ucapan talak yang dilafazkan.

          Wahai Muhammad,di antara umatmu ada orang-orang yang menunda-nunda solatnya dari satu waktu ke waktu yang berikutnya.Setiap kali mereka hendak solat,aku mendekati mereka dan mengganggu mereka.Aku berkata kepada mereka,'Masih ada waktu,teruskan kesibukanmu!'Lalu mereka menunda-nunda solat sehingga mereka mendirikan solat bukan pada waktunya.Akibatnya kepala mereka dipukul oleh solat yang disia-siakan itu.

          Apabila aku gagal menggoda mereka dan mereka tidak menunda solat,aku mengutuskan syaitan-syaitan daripada kalangan manusia bagi mendatangi mereka ketika waktu solat tiba.Syaitan-syaitan itu berusaha menyibukkan mereka sehingga mereka menunda-nunda solatnya.

          Apabila strategiku ini gagal,aku tinggalkan mereka sehingga mereka melakukan solat.Ketika mereka melakukan solat,aku bisikkan kepada mereka,'Tengoklah ke kanan dan ke kiri.'Pada waktu itu,aku usap wajah mereka dengan tanganku.Kemudian aku berdiri di hadapan mereka dan berkata,'Engkau melakukan sesuatu yang tidak menjadikan solatmu baik untuk selamanya.'

          Wahai Muhammad,engkau mengetahui ramai orang yang melakukan solat sambil mata mereka melihat ke kanan dan ke kiri,Allah memukul muka mereka dengan solat itu.Kemudian,aku datang kepada mereka semasa mereka sedang solat sendirian.Ketika itu,aku perintahkan mereka mengerjakan solat dengan tergesa-gesa sehingga solatnya seperti ayam yang mematuk benih-benih makanan dan mereka segera meninggalkan solat.

          Ketika mereka melakukan solat berjemaah,aku kalungkan rantai di leher mereka.Apabila mereka rukuk dan sujud,aku tarik kepala mereka ke atas sehingga mereka bangun mendahului imam dan aku turunkan mereka juga mendahului imam.Orang yang melakukan solat seperti itu,terbatal solatnya dan pada Hari Kiamat,Allah menggantikan kepalanya dengan kepala keldai.

          Apabila usahaku itu turut gagal,aku memerintahkan mereka meramas-ramas jari mereka sehingga berbunyi sewaktu mereka sedang solat.Ini bererti mereka bertasbih kepadaku.Apabila usaha itu masih gagal,aku tiup hidung mereka sehingga mereka menguap.Apabila mereka menguap tanpa menutup mulut,aku masuk ke dalam perut mereka sehingga mereka menjadi semakin rakus pada dunia yang penuh dengan pelbagai perangkap.Akhirnya,mereka selalu mendengar dan taat kepada perintahku.

          Wahai Muhammad,bagaimana umatmu dapat merasakan kebahagiaan?Aku memerintahkan orang-orang miskin supaya mereka tidak mendirikan solat.Aku bisikan kepada mereka,'Solat hanya wajib bagi orang-orang yang diberi nikmat kekayaan oleh Allah.'

          Aku bisikkan kepada orang-orang yang sakit supaya mereka meninggalkan solat.Aku katakan kepada  mereka,'Solat bukan kewajipan bagi orang sakit,solat hanya kewajipan bagi orang-orang yang diberi nikmat kesihatan oleh Allah.Apabila engkau sembuh,barulah engkau melaksanakan solat!'Denagn itu apabila mereka mati,maka mereka mati dalam keadaan kafir dan mereka menghadapi kekufuran Allah.

          Wahai Muhammad,apakah aku menyimpang dan berdusta kepadamu,hendaklah engkau memohon kepada Allah supaya Allah menjadikanku debu yang lembut.

          Wahai Muhammad,apakah engkau masih berasa bahagia sedangkan aku dapat memurtadkan seperenam daripada umatmu?

          Wahai makhluk terkutuk,siapakah teman dudukmu?tanya Nabi Muhammad.

          'Orang-orang yang suka makan riba,'jawab iblis.

          'Siapa teman dekatmu?tanya nabi lagi.
         
          'orang-orang yang berzina,'jawab iblis.

          Nabi terus bertanya'Siapakah teman tidurmu?'

          Iblis menjawab,'Orang-orang yang mabuk.'

          'Siapa tamumu?'tanya nabi.

          'para pencuri,'jawab iblis.

          'siapa utusanmu?nabi bertanya.

          'para tukang sihir,'jawab iblis.

          Nabi bertnya lagi,'Apa yang menyenangkan pandangan matamu?'

          Iblis menjawab,'Oarang yang bersumpah dengan talak.'

          'Siapa kekasihmu?,'tanya nabi.

          'Orang yang meninggalkan solat jumaat,'jawab iblis.

          Wahai makhluk terkutuk,apa yang mematahkan tulang belakangmu?nabi terus bertanya.

          Iblis menjawab,'Suara ringkik kuda yang pergi berperang membela agama Allah.'

          'Apa yang membuat hatimu panas?'tanya nabi lagi.

          'Orang yang banyak beristighfar kepada Allah pada malam dan siang hari,'jawab iblis.

          Nabi bertanya lagi,'Apa yang membuatmu malu dan hina?'

         Iblis menjawab,'Orang yang merahsiakan sedekahnya.'

         'Apa yang mampu membutakan matamu?'tanya nabi.

         'Orang yang solat pada waktu sahur iaitu pada sepertiga malam terakhir,'jawab iblis.

        'Apa yang dapat mengendalikan kepalamu?'tanya nabi seterusnya.

        'Iblis menjawab,'Orang yang rajin melaksanakan solat berjemaah.'

        'Nabi bertanya lagi,'Siapa orang yang paling membahagiakanmu?

        'Orang yang sengaja meninggalkkan solat,'jawab iblis.

        'Menurutmu,siapa yang paling celaka?'tanya nabi selanjutnya.

        Iblis menjawab,'Orang-rang kafir.'

        'Apa yang menyita pekerjaanmu?tanya nabi.

        'Majlis orang-orang alim iaitu majlis zikir,jawab iblis.

         Nabi seterusnya bertanya,'Bagaimana cara kamu makan?'

         Iblis menjawab,'Dengan tangan dan jari-jari kakiku.'

        'Dimana kamu berteduh dengan anak cucumu ketika panas?'tanya nabi.

        'Di bawah kuku-kuku manusia,'jawab iblis.

       

      

Friday, 13 January 2012

Dialog iblis dengan Nabi Muhammad(1)

"Wahai saudaraku,fahami dan kenalilah strategi iblis dan syaitan supaya kita selamat daripada perangkap dan tipu dayanya.Mereka adalah musuh kita yang nyata dan menyebabkan ramai orang menjadi penghuni neraka."

Dialog Nabi Muhammad dengan iblis terjadi sewaktu Allah memerintahkan iblis,melalui malaikat jibril,menemui Nabi Muhammad dan memberitahu strateginya hendak menyesatkan bani Adam.

Dialog ini terkandung dalam hadis nabi yang disampaikan oleh Muadz bin Jabal daripada Ibnu Abbas.Hadis itu berbunyi,"Kami,Ibnu Abbas dan sahabat Nabi Muhammad yang lain sedang bersama beliau di rumah seorang sahabat Ansar,tiba-tiba,ada suara orang yang memanggil Nabi Muhammad dari luar rumah,'Wahai penghuni rumah,adakah kamu mengizinkan aku masuk?

Nabi Muhammad bertanya kepada para sahabat,'Tahukah kamu,siapa yang memanggil dari luar itu?

''Tentu Allah dan rasulnya lebih mengetahui,'jawab sahabat.Nabi Muhammad menjelaskan,'Itu adalah iblis yang terkutuk.Semoga Allah sentiasa melaknatnya.'

Umar Ibnu Khattab bertanya,'Ya rasul,adakah engkau mengizinkan aku membunuhnya?

Nabi menjawab,'Bersabarlah wahai Umar.Tidaklah engkau tahu,kematian iblis itu tertunda sehingga batas waktu yang ditentukan iaitu Hari Kiamat?

Kemudian,Nabi Muhammad memerintahkan,'Bukakanlah pintu baginya kerana kedatangannya ke sini adalah atas perintah Allah.'

Apabila pintu dibuka,iblis pun masuk dalam bentuk seorang lelaki tua buta sebelah matanya.Dia mempunyai janggut sebanyak tujuh helai rambut yang panjang seperti rambut kuda.Kelopak matanya membujur ke atas,kepalanya seperti gajah yang besar,gigi taringnya panjang terjulur keluar seperti taring khinzir dan kedua-dua bibirnya tebal seperti bibir kerbau.Dia mengucapkan 'Assalamualaika,ya Muhammad,assalamualaium,ya jemaah!'

Nabi Muhammad menjawab,'Assalamu lillah,ya la'in' yang bermaksud'keselamatan hanya milik Allah,wahai makhluk terkutuk.Saya dengar engkau ada keperluan dengan kami.Apakah keperluanmu,wahai iblis?'

Kata iblis,'Wahai Muhammad,aku datang ke sini bukan atas kemahuanku sendiri tetapi aku datang ke sini kerana terpaksa.Allah mengutuskan seorang malaikat kepadaku.Malaikat itu berkata,'Allah memerintahkanmu pergi kepada Muhammad,sementara engkau adalah makhluk yang rendah dan hina.Engkau perlu memberitahunya tentang hal-hal berikut:

a. Bagaimana engkau menggoda dan memperdaya anak cucuc Adam.

b.Bagaimana engkau memujuk dan merayu mereka.

c.Engkau mesti menjawab setiap pertanyaan Muhammad dengan jujur.

d.Demi kesabaran dan keagungan Allah,apabila engkau menjawab dengan berbohong walaupun hanya sekali,Allah akan menjadikan engkau debu yang dihempas oleh angin kencang dan musuh-musuhmu pasti berasa gembira.'

'Wahai Muhammad,sekarang aku datang kepadamu dengan membawa beban yang diperintahkan kepadaku.Jadi tanyakanlah apa sahaja yang engkau inginkan.Sekiranya aku tidak menjawab dengan jujur,maka musuh-musuhku berasa gembira atau musibah yang bakal aku terima.Sesungguhnya,tidak ada beban yang lebih berat bagiku daripada mengembirakan musuh-musuhku atas musibah yang menimpa diriku,'kata iblis.

Nabi Muhammad bertanya,'Siapakah orang yang paling engkau benci?

'Engkau,wahai Muhammad,'jawab iblis.

'Siapa lagi?tanya Nabi Muhammad.

Iblis menjawab,'Pemuda Mualim yang bertakwa dan mencurahkan waktu serta perhatiannya hanya kepada Allah,orang alim yang warak dan sabar,oranga yang sentiasa suci daripada tiga kotoran hadas besar,kecil dan najis dengan cara mengekalkan wuduk,orang kafir yang sabar iaitu mereka yang tidak mengeluhkan penderitaan mereka kepada orang lain selama tiga hari,orang kaya yang bersyukur iaitu orang yang mengambil kekayaan daripada apa Allah halalkan dan membelanjakannya mengikut ketentuan-ketentuan syariat.'

Nabi Muhammad bertanya lagi,'Bagaiman keadaan dirimu apabila umatku melaksanakan solat?

Iblis menjawab,'Aku terus menjadi gelisah dan gementar.'

Mengapa?tanya Nabi Muhammad.

Iblis menjawab,'Sesungguhnya,apabila seorang hamba sujud kepada Allah satu kali,Allah menaikkan darjatnya satu tingkat.Apabila mereka berpuasa,aku terbelenggu sehingga mereka berbuka puasa.Apabila mereka melakukan ibadah haji,aku menjadi gila.Apabila mereka membaca Al-Quran,aku cair umpama timah yang dipanaskan.Apabila mereka bersedekah,sedekah itu umpama kapak yang membelah diriku menjadi dua.'

'Mengapa begitu,wahai Abu Murrah(gelaran iblis)?'tanya Nabi Muhammad lagi.

Jawab iblis,'Ketahuilah wahai Muhammad!Sedekah itu memiliki empat hikmah.Hikmah yang pertama,Allah memberi keberkatan dalam hartanya.Hikmah yang kedua,Allah menjadikannya orang yang disenangi dalam kalangan makhluknya.Hikmah yang ketiga,Allah menjadikan sedekah itu penghalang dirinya daripada pelbagai bencana dan penyakit.'

'Apakah pendapatmu tentang Abu Bakar As-Siddiq,Umar Ibnu Khattab,Uthman Ibnu Affan dan Ali bin Abi Talib?Nabi Muhammad bertanya seterusnya.

Iblis menjawab,'Sejak masih jahiliah lagi,Abu Bakar tidak pernah taat kepadaku,apalagi selepas dia mengikutmu.Demi Allah,setiap kali aku bertemu dengan Umar,aku pasti lari.Aku malu pada orang yang para malaikat malu kepadanya seperti Uthman kerana dia adalah seorang dermawan.Andaikan aku dapat selamat daripada Ali dan tidak pernah berjumpa dengannya,hal itu lebih baik bagiku.Tetapi,ia tidak pernah terjadi.'

Nabi Muhammad berkata,'Segala puji bagi Allah yang membahagiakan umatku dan mencelakakanmu sehingga waktu yang ditentukan!'

Iblis berkata,'Muhammad,tidak mungkin umatmu bahagia kerana aku tetap hidup sehingga hari kiamat sedangkan umatmu meninggal dunia.Aku mampu masuk kedalm tubuh mereka melalui aliran darah dan dagingnya sedangkan mereka tidak dapat melihatku.Demi Allah yang menciptakanku dan menunda kematianku,sesungguhnya aku akan menyesatkan seluruh manusia,yang bodoh dan yang pandai dan yang boleh membaca Al-Quran,yang jahat dan yang rajin beribadah,kecuali hamba-hamba Allah yang ikhlas.'

Siapakah hamba Allah yang ikhlas itu?tanya Nabi Muhammad.

'Orang-orang yang tidak mencintai dirham dan dinar iaitu kekayaan duniawi,oarang yang tidak suka dipuji oleh sesamanya dan orang yang hatinya tidak terbelenggu oleh kesenangan dunia.Dengan itu,mereka pasti lebih mendengarkan kata-katakundan taat kepadaku daripada taat kepadamu.

Ketahuilah wahai Muhammad,mencintai dunia dan kedudukan itu termasuk dosa besar.Wahai Muhammad,apakah engkau tidak tahu,kau memiliki 70 000 anak.Setiap satu anakku pula memiliki anak sebanyak 70 000 syaitan dan setiap cucuku itu melahirkan 70 000 lagi syaitan.Begitulah seterusnya,kami sentiasa berganda sebanyak 70 000.Di antara mereka ada yang aku tugaskan bagi menggoda ulama,pemuda dan orang tua.Bagi kami,menyesatkan anak-anak muda itu begitu mudah seperti mempermainkan anak-anak kecil.

       

 

Dialog Iblis dengan Para Nabi dan Rasul

1. Dialog iblis dengan Nabi Yahya

Pada suatu ketika,iblis menampakkan dirinya di hadapan Nabi Yahya bin Zakaria.Iblis membawa banyak kantung yang diperbuat daripada bermacam-macam benda.Lalu Nabi Yahya bertanya kepadanya,"Hai iblis,apakah gunanya semua kantung yang bergantungan di seluruh tubuhmu itu?"

"Ini adalah syahwat-syahwat anak Adam.Dengan kantung-kantung ini,aku memancing syahwat anak Adam,"jawab iblis.

"Adakah engkau juga menyediakan pancing untuk aku?"tanya Nabi Yahya.Iblis menjawab,"Ya!Nanti apabila perutmu kenyang aku lalaikan dirimu daripada solat dan zikir."

Nabi Yahya bertanya lagi,"Ada lagi pancing yang lain?Tidak ada jawab iblis.

Abdullah bin Ahmad berkata,"Syaitan sering mengganggu manusia yang sedang solat.Dia datang kepadamu,'Sebenarnya engkau solat dalam keadaan menunjuk-nunjuk.Teruskan sahaja solatmu dan panjangkanlah waktu solatmu."

2. Dialog iblis dengan Nabi Noh

Nabi Noh berjumpa dengan iblis ketika beliau naik ke atas perahunya.Di atas perahunya,Nabi Noh melihat seorang tua yang tidak dikenali.Nabi Noh bertanya,"Mengapa engkau naik ke perahu ini?"

"Alu hendak memerangkap hati para pengikutmu supaya hati mereka bersam aku dan tubuh mereka bersama   kamu,"jawab iblis.

"Turun dari perahu ini,wahai musuh Allah!",perintah Nabi Noh.Iblis berkata,"Aku membinasakan manusia dengan lima perkara.Aku memberitahumu tiga di antaranya dan aku rahsiakan dua perkara."

Ketika itu Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Noh supaya beliau meminta iblis memberitahu dua perkara sahaja dan merahsiakan tiga perkara lainnya.

Kemudian iblis berkata,"Dengan dua perkara itu aku dapat membinasakan manusia.Dua perkara itu tidak mungkin hilang daripada diri manusia iaitu iri hati dan sombong.Wahai Noh,kerana aku iri hati dan dengki kepada Adam,aku dilaknat dan ditetapkan oleh Allah sebagai makhluk yang terkutuk,kerana aku sombong serta merendahkan Adam,maka aku terusir dari syurga."

3. Dialog iblis dengan Nabi Musa

Pada suatu hari,Nabi Musa berjumpa dengan iblis.Iblis itu berkata kepadanya,"Hai Musa,Allah memilihmu untuk menyebarkan perintah dan larangannya.Allah juga berkata kepadamu,aku adalah ciptaannya.Aku berdosa kepada Allah dan sekarang aku hendak bertaubat kepadanya.Aku mohon engkau berdoalah kepada Allah supaya dia mengampuni dosaku."

Nabi Musa pun berdoa kepada Allah supaya Allah memaafkan dosa-dosa iblis.Kemudian iblis bertanya,"Hai Musa,adakah Allah memaafkan aku dengan doamu itu?

Nabi Musa berkata,"Allah memaafkan dan menerima taubatmu sekiranya kamu mahu sujud di makam Adam."

Mendengar kata-kata Musa itu,iblis menjadi marah dan berkata,"Hai Musa,aku tidak mahu sujud kepada Adam ketika dia masih hidup,apatah lagi dia sudah mati.Adakah engkau fikir aku mahu sujud kepada Adam selepas dia mati?"

Kemudian iblis berkata kepada Musa,"aku terhutang budi kepadamu.Ingatlah aku selalu.Berhati-hatilah pada empat perkara ini dan aku tidak membinasakanmu.

a. Ingatlah kepadaku ketika engkau sedang marah kerana aku menguasai hatimu sepenuhnya.Mataku tepat berada pada matamu dan aku mengalir di dalam tubuhmu mengikut aliran darah.

b. Ingatlah kepadaku ketika engkau sedang bertempur dalam peperangan.Aku datang kepada anak-anak Adam ketika mereka sedang berjuang dan aku mengingatkan mereka tentang anak-anak dan isteri yang mereka tinggalkan.

c. Ingatlah kepadaku ketika engkau keras kepala.Ketahuilah,pada saat itu aku menguasai sepenuhnya hati anak Adam.Mudah bagi aku mempermainkan hati mereka seperti anak kecil bermain dengan bolanya.

d. Ingatlah kepadaku ketika engkau sedang berdua-duaan dengan seorang perempuan.Aku menguasai mereka dan menimbulkan ghairah cinta di antara mereka berdua sehingga mereka melakukan perbuatan dosa."

Sewaktu Nabi Musa sedang bermunajat kepada Allah,iblis datang mendekatinya.Malaikat menahannya dan bertanya "Celaka engkau! Apa yang engkau kehendaki daripada Musa?Dia sedang bermunajat kepada Tuhannya."Iblis menjawab,"Aku mengharap daripadanya seperti apa yang kuharapkan daripada bapanya,Adam,ketika dia masih berada di syurga."

Pada suatu ketika,iblis menghadiri suatu majlis yang dipimpin oleh Nabi Musa dengan memakai kain selendang berwarna-warni.Sebaik tiba di majlis itu,iblis menaggalkan selendangnya dan meletakkan selendang itu di bawah sambil mengucapkan salam kepada Nabi Musa"Assalamualaikum,ya Musa!"

"Siapa engkau ini?tanya Nabi Musa.

Jawabnya,"Aku iblis!Aku datang bagi mengucapkan selamat kepadamu kerana kenaikan darjatmu di sisi Allah."

"Aku lihat engkau menaggalkan kain selendangmu.Apakah gunanya selendang itu?tanya Nabi Musa

"Aku menggunakan selendang itu bagi memperdayakan hati anak Adam."jawab iblis.

Bagaimana engkau perdayakan hati anak-anak Adam dengan selendangmu itu?"tanya Musa lagi.

Iblis menjawab,"Aku menyesatkan mereka ke dalam kehinaan sewaktu mereka berasa megah dengan dan bangga serta semasa mereka berasa mempunyai amalan yang banyak.Pada saat itu,mereka lupa pada dosa-dosa mereka.Ketika itulah aku datang menyesatkan mereka ke dalam kehinaan dengan tiga perkara berikut:

a. Wanita.Berhati-hatilah dengan wanita.Ingatlah,ketika seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan seorang wanita yang tidak halal baginya,aku menjadi temannya yang ketiga.Aku menggoda mereka supaya mereka melakukan perbuatan zina.

b. Janji.Jangan engkau berjanji kepada Allah kecuali engkau segera memenuhinya.Aku pasti datang pada waktu itu dan memperdayakan engkau.Aku menghalang pelaksanaan janji itu dengan menunda dan melalaikan engkau sehingga engkau tidak dapat menepati dan melaksanakannya.

c. Amanah.Janganlah engkau menerima amanah dan sedekah termasuk zakat kecuali engkau segera menyalurkannya kepada yang berhak.Ketika itu aku menjadi pendamping engkau dan menyesatkan engkau sehingga engkau tidak meneruskan amanah dan sedekah itu kepada yang berhak.Akhirnya,anak-anak Adam itu sesat dan teraniaya."

Kemudian iblis pergi meninggalkan majlis itu.Nabi Musa berkata,"Alanagkah celakanya iblis itu!"sehingga tiga kali.

Nabi Muhammad berkata,"Apabila Allah mengutusku sebagai utusannya,iblis pun sibuk mengutus para syaitan sebagai utusannya bagi menyesatkan para sahabatku dan umatku."



Dialog Iblis dengan Para Nabi dan Rasul

1. Dialog iblis dengan Nabi Yahya

Pada suatu ketika,iblis menampakkan dirinya di hadapan Nabi Yahya bin Zakaria.Iblis membawa banyak kantung yang diperbuat daripada bermacam-macam benda.Lalu Nabi Yahya bertanya kepadanya,"Hai iblis,apakah gunanya semua kantung yang bergantungan di seluruh tubuhmu itu?"

"Ini adalah syahwat-syahwat anak Adam.Dengan kantung-kantung ini,aku memancing syahwat anak Adam,"jawab iblis.

"Adakah engkau juga menyediakan pancing untuk aku?"tanya Nabi Yahya.Iblis menjawab,"Ya!Nanti apabila perutmu kenyang aku lalaikan dirimu daripada solat dan zikir."

Nabi Yahya bertanya lagi,"Ada lagi pancing yang lain?Tidak ada jawab iblis.

Abdullah bin Ahmad berkata,"Syaitan sering mengganggu manusia yang sedang solat.Dia datang kepadamu,'Sebenarnya engkau solat dalam keadaan menunjuk-nunjuk.Teruskan sahaja solatmu dan panjangkanlah waktu solatmu."

2. Dialog iblis dengan Nabi Noh

Nabi Noh berjumpa dengan iblis ketika beliau naik ke atas perahunya.Di atas perahunya,Nabi Noh melihat seorang tua yang tidak dikenali.Nabi Noh bertanya,"Mengapa engkau naik ke perahu ini?"

"Alu hendak memerangkap hati para pengikutmu supaya hati mereka bersam aku dan tubuh mereka bersama   kamu,"jawab iblis.

"Turun dari perahu ini,wahai musuh Allah!",perintah Nabi Noh.Iblis berkata,"Aku membinasakan manusia dengan lima perkara.Aku memberitahumu tiga di antaranya dan aku rahsiakan dua perkara."

Ketika itu Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Noh supaya beliau meminta iblis memberitahu dua perkara sahaja dan merahsiakan tiga perkara lainnya.

Kemudian iblis berkata,"Dengan dua perkara itu aku dapat membinasakan manusia.Dua perkara itu tidak mungkin hilang daripada diri manusia iaitu iri hati dan sombong.Wahai Noh,kerana aku iri hati dan dengki kepada Adam,aku dilaknat dan ditetapkan oleh Allah sebagai makhluk yang terkutuk,kerana aku sombong serta merendahkan Adam,maka aku terusir dari syurga."

3. Dialog iblis dengan Nabi Musa

Pada suatu hari,Nabi Musa berjumpa dengan iblis.Iblis itu berkata kepadanya,"Hai Musa,Allah memilihmu untuk menyebarkan perintah dan larangannya.Allah juga berkata kepadamu,aku adalah ciptaannya.Aku berdosa kepada Allah dan sekarang aku hendak bertaubat kepadanya.Aku mohon engkau berdoalah kepada Allah supaya dia mengampuni dosaku."

Nabi Musa pun berdoa kepada Allah supaya Allah memaafkan dosa-dosa iblis.Kemudian iblis bertanya,"Hai Musa,adakah Allah memaafkan aku dengan doamu itu?

Nabi Musa berkata,"Allah memaafkan dan menerima taubatmu sekiranya kamu mahu sujud di makam Adam."

Mendengar kata-kata Musa itu,iblis menjadi marah dan berkata,"Hai Musa,aku tidak mahu sujud kepada Adam ketika dia masih hidup,apatah lagi dia sudah mati.Adakah engkau fikir aku mahu sujud kepada Adam selepas dia mati?"

Kemudian iblis berkata kepada Musa,"aku terhutang budi kepadamu.Ingatlah aku selalu.Berhati-hatilah pada empat perkara ini dan aku tidak membinasakanmu.

a. Ingatlah kepadaku ketika engkau sedang marah kerana aku menguasai hatimu sepenuhnya.Mataku tepat berada pada matamu dan aku mengalir di dalam tubuhmu mengikut aliran darah.

b. Ingatlah kepadaku ketika engkau sedang bertempur dalam peperangan.Aku datang kepada anak-anak Adam ketika mereka sedang berjuang dan aku mengingatkan mereka tentang anak-anak dan isteri yang mereka tinggalkan.

c. Ingatlah kepadaku ketika engkau keras kepala.Ketahuilah,pada saat itu aku menguasai sepenuhnya hati anak Adam.Mudah bagi aku mempermainkan hati mereka seperti anak kecil bermain dengan bolanya.

d. Ingatlah kepadaku ketika engkau sedang berdua-duaan dengan seorang perempuan.Aku menguasai mereka dan menimbulkan ghairah cinta di antara mereka berdua sehingga mereka melakukan perbuatan dosa."

Sewaktu Nabi Musa sedang bermunajat kepada Allah,iblis datang mendekatinya.Malaikat menahannya dan bertanya "Celaka engkau! Apa yang engkau kehendaki daripada Musa?Dia sedang bermunajat kepada Tuhannya."Iblis menjawab,"Aku mengharap daripadanya seperti apa yang kuharapkan daripada bapanya,Adam,ketika dia masih berada di syurga."

Pada suatu ketika,iblis menghadiri suatu majlis yang dipimpin oleh Nabi Musa dengan memakai kain selendang berwarna-warni.Sebaik tiba di majlis itu,iblis menaggalkan selendangnya dan meletakkan selendang itu di bawah sambil mengucapkan salam kepada Nabi Musa"Assalamualaikum,ya Musa!"

"Siapa engkau ini?tanya Nabi Musa.

Jawabnya,"Aku iblis!Aku datang bagi mengucapkan selamat kepadamu kerana kenaikan darjatmu di sisi Allah."

"Aku lihat engkau menaggalkan kain selendangmu.Apakah gunanya selendang itu?tanya Nabi Musa

"Aku menggunakan selendang itu bagi memperdayakan hati anak Adam."jawab iblis.

Bagaimana engkau perdayakan hati anak-anak Adam dengan selendangmu itu?"tanya Musa lagi.

Iblis menjawab,"Aku menyesatkan mereka ke dalam kehinaan sewaktu mereka berasa megah dengan dan bangga serta semasa mereka berasa mempunyai amalan yang banyak.Pada saat itu,mereka lupa pada dosa-dosa mereka.Ketika itulah aku datang menyesatkan mereka ke dalam kehinaan dengan tiga perkara berikut:

a. Wanita.Berhati-hatilah dengan wanita.Ingatlah,ketika seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan seorang wanita yang tidak halal baginya,aku menjadi temannya yang ketiga.Aku menggoda mereka supaya mereka melakukan perbuatan zina.

b. Janji.Jangan engkau berjanji kepada Allah kecuali engkau segera memenuhinya.Aku pasti datang pada waktu itu dan memperdayakan engkau.Aku menghalang pelaksanaan janji itu dengan menunda dan melalaikan engkau sehingga engkau tidak dapat menepati dan melaksanakannya.

c. Amanah.Janganlah engkau menerima amanah dan sedekah termasuk zakat kecuali engkau segera menyalurkannya kepada yang berhak.Ketika itu aku menjadi pendamping engkau dan menyesatkan engkau sehingga engkau tidak meneruskan amanah dan sedekah itu kepada yang berhak.Akhirnya,anak-anak Adam itu sesat dan teraniaya."

Kemudian iblis pergi meninggalkan majlis itu.Nabi Musa berkata,"Alanagkah celakanya iblis itu!"sehingga tiga kali.

Nabi Muhammad berkata,"Apabila Allah mengutusku sebagai utusannya,iblis pun sibuk mengutus para syaitan sebagai utusannya bagi menyesatkan para sahabatku dan umatku."

Thursday, 12 January 2012

Berhati-hati dengan Perilaku Iblis dan Syaitan

Kita sedia maklum,iblis dan syaitan sentiasa berusaha menyesatkan seluruh bani Adam.Oleh sebab itulah,kita mesti bersedia menghadapi mereka dan memerangi hati mereka.Jin adalah makhluk Allah yang diciptakan daripada api.Jin bersifat rohaniah dan dilengkapi dengan akal.Sama seperti manusia,Allah memerintahkan jin supaya mengabdikan diri mereka kepada Allah.Perintah Allah kepada bangsa jin supaya menyembahnya sama dengan perintah Allah kepada manusia.Jin mampu menampilkan dirinya dalam pelbagai bentuk di hadapan manusia.Penampilan jin itu terbahagi kepada tiga kelompok:

1. Menyerupai haiwan seperti anjing,kucing,ular,kala jengking dan pelbagai jenis serangga tanah lainnya.

2. Menyerupai angin yang berhembus kencang dan berdesir.

3. Menyerupai manusia.Jin yang termasuk dalam kelompok ini adalah jin yang memeluk agama Allah.Ketentuan pahala dan dosa berlaku baginya sama seperti manusia.

          Syaitan adalah keturunan iblis dan jin yang ingkar ataupunkafir.Mereka selalu mengganggu dan menggoda manusia.Allah melarang manusia daripada mengikuti langkah-langkah syaitan.Dalam hal ini Allah berpesan,

"Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya,syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu."(surah al-Baqarah,ayat 168)


          Syaitan menakut-nakutkan manusia dengan kemiskinan dan menyeret hati manusia serta memerintahkan akalnya bagi melakukan larangan Allah.Hal ini dinyatakan di dalam Al-Quran seperti berikut,

"Syaitan menjanjikan kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu berbuat keji."(surah al-baqarah,ayat 268)


          Allah melarang ahmbanya berkawan dengan syaitan kerana kerana syaitan itu musuh bani Adam yang jelas dan terbukti ia menyeret nenek moyang kita dalam kenistaan yang nyata.Allah mengingatkan,

"Sesiapa menjadikan syaitan sebagai temannya,maka ketahuilah itu adalah teman yang jahat."(surah an-nisak,ayat 38)

          Iblis adalah nenek moyang syaitan.Pada mulanya,tarafnya sama tinggi dengan malaikat.Namun,iblis menjadi kafir sejak ia membangkang perintah Allahyang memerintahkan semua malaikat sujud kepada Nabi Adam.Semua malaikat melaksanakan perintah Allah itu kecuali iblis.Iblis enggan menurut perintah itu kerana dia yakin Adam dan keturunannya hanya bakal melakukan kerosakan di muka bumi.Mereka pasti berperang dan menumpahkan darah seperti makhluk Allah sebelumnya iaitu Banuljan.Oleh sebab iblis menentang perintah Allah ini,maka Allah menetapkannya sebagai makhluk yang sesat dan bakal menjadi penghuni neraka jahanam.

          Iblis dan syaitan adalah musuh Allah danmmanusia nyata.Apabila manusia tidak menyedari hal ini,kedua-dua makhluk ini dengan mudah mampu mangancam dan menyesatkan manusia.Ini juga bermakna manusia bergabung atau bekerjasama dengan iblis dan syaitan.Neraka Allah pasti tersedia untuk mereka ini.

Kelompok iblis dan syaitan

Al-Quraisy berkata,"Iblis memiliki lima keturunan dan keturunan ini kemudian menjadi pasukan-pasukan syaitan."Pasukan-pasukan syaitan itu adalah seperti berikut:

1. Tsabr iaitu syaitan yang bertugas menyesatkan manusia yang sedang ditimpa musibah seperti kematian,kecelakaan dan kebakaran.Mudah bagi syaitan menyesatkan manusia yang tidak dapat menerima sesuatu musibah dengan tenang dan wajar.Manusia yang termasuk dalam golongan ini menyesali musibah yang menimpa mereka dengan menangis meraung-raung sambil mengoyak pakaian,menampar pipi dan mengeluarkan kata-kata yang menyalahkan Allah.

2. A'war iaitu syaitan yang bertugas menyesatkan manusia melalui nafsu syahwatnya.Syaitan ini menyeret manusia melakukan zina dengan mempengaruhi akal akal manusia supaya dia membayangkan perbuatan-perbuatan keji sebagai khayalan yang mengasyikkan.Syaitan a'war juga mempengaruhi manusia menghisap dadah dan hidup dalam khayalan serta kepalsuan.

3. Mabsuth iaitu syaitan yang bertugas menyesatkan manusia melalui perbuatan bohong dan menipu.

4. Dasim iaitu syaitan yang bertugas menyesatkan manusia dalam penceraian suami isteri,bermusuhan dengan saudara,teman-teman dan memutuskan hubungan silaturrahim.Syaitan dasim melakukan hal ini dengan melemparkan fitnah dan tuduhan keji di antara mereka sehingga timbul buruk sangka,kebencian dan penceraian.

5. Zalanbur iaitu syaitan yang bertuga menyesatkan orang-orang yang berada di pasar dan dalam dunia perniagaan supaya mereka saling menzalimi dan menipu satu sama lain.Pada kenyataannya,kita dapat lihat sendiri bagaimana ramainya manusia terjebak,terseret oleh tipu daya iblis dan syaitan.Sedikit sahaja manusia yang mampu menghindarinya.Oleh sebab itulah,ramai peniaga tidak mempedulikan halal dan haram.Mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata.Perkara ini menjadi kelaziman bagi mereka.

          Saudaraku yang sehati,seiman dan seperjalanan,musuh kita begitu kuat dan tidak pernah berputus asa.Mereka sentiasa mengintai hati kita.Mereka berusaha membelokkan hati manusia seperti pemandu kereta yang membelokkan keretanya dengan stereng.Mereka mengendalikan hati manusia seperti penunggang kuda mengendalikan kudanya dengan tali kekangnya.Syaitan dan iblis itu begitu profesional dalam membolak- balikkan hati manusia.Mereka bersahabat baik dengan hawa nafsu kita.

          Hati kita sesuai dengan sifatnya,terbuka bagi menerima pengaruh malaikat iaitu cahaya kebenaran daripada Allah.Hati kita terbuka menerima ilham daripada Allah dan pada waktu yang sama,hati kita juga terbuka menerima pengaruh-pengaruh daripada syaitan dan iblis.Apabila hal itu berlaku,syaitan dan iblis menguasai hati dan hawa nafsu kita.

          Dengan demikian kita perlu sentiasa berwaspada.Kita mesti menyedari ,kita berada dalam peperangan  melawan iblis dan syaitan sepanjang perjalanan hidup kita di dunia ini.Apabila hati kita lalai walau sedetik,iblis dan syaitan berpeluang mencengkam hati kita.Seperti perumpamaan syaitan dan iblis itu adalah seperti anjing yang kelaparan.Apabila kita mendekatinya tanpa sepotong daging atau roti,pasti dia tidak mahu pergi apabila kita menghalaunya.Apalagi,sekiranya kita hanya menghalaunya dengan kata-kata.

          Begitu juga dengan hati yang kosong.Hati yang kosong menjadi santapan bagi syaitan dan iblis.Kedua-dua makhluk itu hanya mahu pergi jauh daripada hati kita apabila kita mengusirnya dengan zikrullah yang berasaskan ilmu yang kukuh dan hati yang ikhlas.Orang-orang yang berakal wajib menjaga diri mereka daripada musuh yang menyatakan komitmen permusuhannya di hadapan Allah sejak Allah mencipta nenek moyang kita,Nabi Adam.Iblis berkata kepada Allah,"Kerana engkau menyesatkan aku,pasti aku selalu menghalang mereka daripada jalanmu yang lurus.Kemudian pasti aku mendatangi mereka dari depan,dari belakang,dari kanan dan dari kiri mereka.Engkau mendapati kebanyakan daripada mereka tidak bersyukur kepadamu."(surah al-akraf,ayat 16-17)

          Musuh manusia itu menghabiskan waktunya selama ini bagi menyesatkan seluruh keturunan Adam daripada jalan Allah.Oleh itu Allah memberikan peringatan kepada seluruh manusia seperti berikut:

"Wahai manusia!makanlah makanan yang halal dan baik yang terdapat di bumi serta janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu merupakan musuh yang nyata bagi bagimu.Syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji serta mengatakan apa yang tidak kamu ketahui tentang Allah."(surah al-baqarah ayat 168-169)     
      

Wednesday, 11 January 2012

Mengendalikan Nafsu

Nafsu manusia terdiri daripada dua jenis seperti berikut:

1. Nafsu tercela yang terhasil daripada nafsu amarah iaitu keinginan nafsu kepada kelazatan jasmani.Antaranya adalah malas,angkara dan syahwat.Apabila nafsu malas,angkara dan syahwat mendominasi akal,ia disebut hawa.Ketiga-tiga nafsu itu selalu mengikut perintah nafsu amarah dan berusaha menundukkan akal supaya mengikutnya.Dengan itu manusia yang tunduk kepada nafsu ini menghabiskan sebahagian besar hidupnya bagi menuruti rasa malas,angkara dan syahwatnya.Ini termasuklah syahwat kekayaan material,ayahwat pangkat atau kedudukan,ayahwat populariti dan ayahwat biologi.Dalam keadaan ini,akal hanya menjadi pengikut nafsu amarah dan ia bekerja keras bagi mengikut perintah nafsu tanpa mempedulikan syariat.Di dalam Quran,surah Yusuf,ayat 53 menyatakan yang bermaksud"Aku tidak mengatakan diriku bebas daripada kesalahan kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan,kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku.Sesunggguhnya,Tuhanku maha pengampun dan maha penyayang."


2. Nafsu terpuji iaitu potensi kekuatan jiwa seseorang.Dengan nafsu ini,manusia bergerak bagi memperoleh manfaat bagi dirinya.Manfaat ini termasuklah kebaikan bagi jasmani dan rohani iaitu sesuatu yang menyihatkan dan menstabilkan jiwa.Allah berkata"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhainya.Masuklah dalam golongan hamba-hambaku dan masuklah ke dalam syurga."(surah al-farj ayt 27-30)


Kedudukan manusia dalam hubungannya dengan nafsu terbahagi kepada tiga tahap seperti berikut:

1. Nafsu menguasai dan mengalahkan manusia.Dengan kata lain,manusia tidak mampu mengekang nafsunya.Keadaan seperti inilah yang dialami oleh majoriti manusia.Ramai manusia berperilaku demikian kerana mereka sentiasa mengikut kehendak-kehendak nafsu.Mereka bekerja dan berusaha demi memuaskan jasmani dan ayahwat semata-mata.

2. Manusia yang sentiasa memerangi nafsu dalam kehidupannya.Kadang-kadang,dia menang dan kadang-kadang,dia kalah.Orang seperti ini termasuk dalam golongan pejuang.Nabi Muhammad berkata,"Berjuanglah melawan hawa nafsumu sebgaaimana engkau berjuang melawan musuhmu."

3. Manusia yang dapat mengalahkan,menguasai dan mengendalikan nafsunya dalam apa jua keadaan sekali pun.Orang-orang seperti ini adalah manusia pilihan Allah.Mereka bebas daripada menjadi hamba kepada nafsunya dan oleh sebab itu,mereka menikmati kemerdekaan yang sempurna.Nabi Muhammad dan para wali  Allah termasuk dalam golongan ini.

Kehidupan Dunia Menurut Quran dan Sunah

Allah banyak mengingatkan kita mengenai kehidupan dunia yang palsu.Mari kita lihat maksud ayat-ayat Quran berikut:

"Kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau sedangkan akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa.Tidakkah kamu mengerti?"(surah Al-An'am ayat 32)


"Ketahuilah,sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan,perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan keturunan.Ia umpama hujan yang menghasilkan tanaman yang menggagumkan petani namun kemudian tanaman itu menjadi kering.Kamu lihat warnanya menjadi kuning dan kemudian ia musnah.Di akhirat nanti,ada azab yang keras dan keampunan serta keredhaaan Allah.Kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu."(surah al-Hadid,ayat 20)


Suatu kisah yang menceritakan tentang Nabi Daud berdoa kepada Allah dan memohon Allah memberikan kekayaan kepadanya.Ini kerana harta yang ada pada dirinya adalah harta warisan daripada keluarga isterinya.Nabi Daud menginginkan limpahan kekayaan dunia supaya keluarga isterinya tidak memandang rendah kepadanya.Secara lahiriah,apa yang dirasai oleh Nabi Daud itu adalah sesuatu yang wajar.Tetapi apabila Allah mendengar permohonannya,Allah menurunkan wahyu ini kepada Nabi Daud,"janganlah engkau menjadikan dirimu seperti serigala yang mengerumuni bangkai kerana sesungguhnya dunia ini adalah bangkai."

          Wahyu Allah itu menunjukkan dunia ini menjijikkan,ia selalu mengganggu kita dan mendorong kita supaya kita sentiasa sibuk dengannya.Kesibukan mencari dunia dan lupa kepada Allah tidak ada manfaatnya sama sekali bagi kehidupan kita yang kekal abadi di akhirat kelak.

          Pada hakikatnya,dunia tidak mungkin dapat kita miliki dan kuasai kerana Allah memang tidak menjadikan manusia bagi tujuan memiliki dan menguasai dunia.Apabila usia manusia semakin lanjut dan akhirnya menemui ajal,mereka meninggalkan dunia dan tidak mampu membawa sedikit pun dunia bersama mereka.

          Allah berkata,"sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu bagaikan air hujan yang kami turunkan dari langit.Lalu tumbuhlah tanam-tanaman bumi dengan subur.Diantaranya ada yang dimakan oleh manusia dan haiwan ternakan.Apabila bumi itu sempurna hiasan dan keindahannya,pemiliknya berfikir mereka pasti dapat memetik hasilnya.Pada waktu itu,datanglah azab kepada mereka.Azab itu datang pada waktu malam dan siang,tanaman mereka menjadi seperti tanaman yang disabit seolah-olah ia tidak pernah tumbuh.Demikianlah kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan kami kepada orang yang berfikir."(surah yunus,ayat 24)


          Pada hakikatnya,tidak ada seorang pun yang dapat memiliki dan menguasai kekayaan duniawi.Ia tidak ubah seperti fatamorgana.Cepat ataupun lambat,semua manusia yang berfikir pasti menyedari reliti dunia.Kekayaan dunia tidak ada nilainya apabila dibandingkan dengan nilai akhirat di mana semua manusia bakal berkumpul.Mari kita lihat kata-kata Nabi Sulaiman mengenai kuasa dan kekayaan duniawi.

          Allah melantik Nabi Sulaiman bin Daud sebagaia raja semua makhluk di muka bumi.Dengan itu,semua makhluk di bumi tunduk dan patuh kepadanya.Seorang pembesar bani Israil datang lalu mengucapkan selamat dan menyatakan rasa kagumnya kepada kekuasaan Nabi Sulaiman.Dia berkata,"Wahai Sulaiman bin Daud,alangkah mulianya dirimu dan amat luas kekuasaanmu."

          Nabi Sulaiman menjawab,"Ketahuilah wahai bani Israil,kekuasaanku ini tidak lebih besar daripada ucapan tasbih seseorang di hadapan Allah."Begitulah nilai kekuasaan duniawi bagi hamba Allah yang soleh.Nabi Muhammad berkata,"Apabila kita membandingkan antara dunia dan akhirat,dunia ini tidak lain hanyalah seperti seorang di antara kamu mencelupkan jarinya ke laut.Kemudian lihatlah air yang melekat dijarinya selepas dia mengangkat kembali jarinya keluar daripada air laut.Air yang melekat itulah dunia."(Hadis riwayat Muslim,Tirmizi dan Ibnu Majah)


          Allah memberitahu tentang dunia kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril.Nabi Muhammad berkata,"Allah menurunkan Jibril dalam rupa yang sama sekali berbeza daripada rupanya ketika dia datang kepadaku sebelumnya.Lalu dia berkata,"Sesungguhnya Allah mengirimkan salam kepadamu wahai Muhammad dan Allah berpesan kepadamu,'Sesungguhnya aku menetapkan dunia sebagai suatu tempat yang pahit,menyusahkan,menyempitkan dan menekan para waliku sehingga mereka menyukai pertemuan denganku.Sebaliknya,aku menjadikan dunia ini mudah,luas dan baik kepada musuh-musuhku sehingga mereka membenci pertemuan denganku.Sesungguhnya aku menciptakan dunia sebagai penjara bagi wali-waliku dan syurga bagi para musuhku."(Hadis riwayat Baihaqi)

          Allah berpesan tentang kehidupan duniawi kepada seluruh keturunan anak Adam,"Hai anak Adam,luangkanlah waktumu bagi beribadah kepadaku.Pasti aku penuhi dadamu dengan kekayaan dan aku menghindarkanmu daripada kemelaratan.Sekiranya tidak,aku penuhi tanganmu dengan kesibukan kerja dan aku tidak menghindarkan kamu daripada kemelaratan."(hadia riwayat Tirzmizi dan Ibnu Majah)

          Saudaraku yang sehati,seiman dan seperjalanan,Allah menjelaskan di dalam Quran,dunia adalah sandiwara dan permainan yang menipu.Allah menjelaskan kepada Nabi Daud,dunia adalah bangkai dan penggemar bangkai itu tidak ubah seperti serigala.Allah berpesan kepada dunia supaya ia menyempitkan dan menyusahkan para walinya sehingga dunia menjadi penjara bagi hamba-hambanya yang soleh.Sebaliknya,dunia menjadi syurga bagi musuh-musuh Allah.Allah juga memerintahkan dunia,"Wahai dunia!Layanilah orang yang menjadi pelayanku dan perbudaklah orang yang menjadi budakmu kerana dia melupakanmu."