Tuesday 17 January 2012

Bertaubat dan Membedah Dada

Bertaubat adalah menyedari kesalahan dan kekurangan diri dalam melaksanakan visi dan misi Allah bagi memenuhi hak-hak Allah.

          Sebaik-baiknya,kita melakukan taubat selepas bermuhasabah diri kerana taubat yang sebenarnya adalah taubat yang dilakukan apabila seseorang menyedari dirinya melakukan perbuatan yang bertentangan dengan syariat.

          Bertaubat ataupun 'membedah dada' dapat dilakukan dengan beberapa cara iaitu dengan mendirikan solat taubat,beristighfar,berdoa dan berzikir.

          Dosa mewujudkan tabir yang menutup hati manusia.Hati yang terhijab tidak dapat menerima cahaya kebenaran daripada Allah sehingga menjauhkan manusia daripada Allah.Selagi seseorang tidak mengetahui dosa menyebabkan dirinya jauh daripada Allah,dia tidak menyesal dengan dosa-dosa yang dilakukannya.Dia juga tidak berasa berjalan semakin jauh daripada Allah,malah dia berasa dia melalui jalan yang benar.

          Menurut Ibnu Qayim al-Jauziah,taubat berada di antara dua muhasabah iaitu muhasabah sebelum taubat dan muhasabah selepas melakukan taubat.Taubat kita terpelihara apabila kita berada di antara dua muhasabah itu.

          Nabi Muhammad berkata,"Wahai manusia,bertaubatlah kepada Tuhanmu.Sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah 100 kali sehari(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

          Manusia perlu melakukan taubat secara terus-menerus sepanjang hayat selagi jasad masih dikandung badan.Ini kerana dalam perjalanan hidup manusia,iblis dan syaitan sentiasa mengintai manusia.Di mana pun manusia menghadap Allah,di situ iblis dan syaitan menghalangnya.Iblis dan syaitan tidak kenal lelah kerana mereka bersumpah di hadapan Allah.

          Sebelum Nabi Muhammad meninggalkan sebuah majlis,para sahabat menghitung ucapan taubat beliau.Ternyata,Nabi Muhammad mengucapkannya sebanyak 100 kali dan ucapannya adalah,

"Ya Allah,ampunkanlah dosaku dan terimalah taubatku kerana engkau maha penerima taubat lagi maha pengampun."(Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)


          Nabi Muhammad menyatakan syaitan berjalan di dalam setiap manusia mengikut aliran darahnya.Beliau berkata,

"Allah mewahyukan kepada Nabi Daud,'Katakanlah kepada orang-orang yang melakukan kezaliman,janganlah mereka berzikir kepadamu kecuali selepas mereka bertaubat ataupun sedang berusaha bertaubat kerana aku selalu memerintahkan orang-orang yang berzikir kepadaku.Tetapi,perhatianku kepada mereka yang melakukan kezaliman berupa laknat kepada mereka."(Hadis riwayat Hakim,Dailami dan Ibnu Asakir)


          Allah berpesan,apabila manusia tidak mahu bertaubat dan menjaga taubatnya,pada hakikatnya mereka menzalimi diri mereka sendiri.

"Sesiapa yang tidak bertaubat,maka mereka itulah orang-orang yang zalim."(surah al-Hujurat,ayat 11)






           

No comments:

Post a Comment