Monday 16 January 2012

Visi dan Misi Manusia

Seperti yang kita ketahui,hijab hati dalaha hasil perilaku manusia yang tidak sesuai dengan ketentuan syariat dan menyimpang daripada ketentuan Allah dan rasulnya.Ia juga adalah perilaku manusia yang tidak sesuai dengan kudrat dirinya sebagai pelaksana visi Allah iaitu sebagai khalifah di muka bumi.Ini bermakna manusia perlu menegakkan hukum-hukum Allah di muka bumi.

          Dalam usaha melaksanakan visi dan misi itu,seorang hamba yang menyimpanag daripada konsep dan ketetapan kalam Allah dan sunah Nabi Muhammad,berbuat dosa.Dosa itulah yang diserap oleh hati dan kemmudian menjadi nokhtah-nokhtah hitam yang melekat pada hati manusia.Lama-kelamaan,ia menghasilkan kabut hitam yang menutupi hati seseorang daripada cahaya Allah.

          Hati adalah cermin yang pada awalnya berada dalam keadaan jernih dalam diri setiap manusia.Bagi manusia yang patuh kepada Allah,hatinya menerima cahaya Allah iaitu,nur'ala nur,yahdillahu li nurihi man yasya'u yang bermaksud 'Cahaya di atas cahaya atau cahaya yang berlapis-lapis.'"Allah memberi petunjuk cahaya bagi orang-orang yang dia kehendaki."(surah an-Nur,ayat 35)

          Itulah hidayah dan petunjuk,kalam dan ilmunya bagi kepentingan seorang hamba dan juga bagi kepentingan Allah yang perlu dipikul oleh hambanya.Itulah visi dan misi daripada Allah iaitu menjadai khalifah di muka bumi.Apabila Allah mencipta Nabi Adam,Allah berkata,

"Ingat ketika Tuhanmu berkata kepada para malaikat,'Aku hendak menjadikannya khalifah di bumi."(surah al-Baqarah,ayat 30)


          Dengan itu,sebelum Allah menciptakan Nabi Adam,Allah sudah menetapkan visi manusia iaitu sebagai khalifah di muka bumi.Menurut Prof. Dr. Quraisy Sihab di dalam Tafsir Al-Quran Al-Misbah,katanya khalifah memiliki dua pengertian seperti berikut:

          Pertama,khalifah bererti menggantikan makhluk Allah yang wujud iaitu Banal Jan atau keturunan jin.Kedua,khalifah bererti pengganti atau pegawai Allah yang melaksanakan dan menegakkan tugas-tugas khusus yang dikehendakinya.Namun hal ini bukan bermakna Allah tidak mampu melaksanakan tugasnya di bumi ataupun menjadikan manusia sebagai Tuhan.Tidak sama sekali.Ia bererti Allah mengangkat manusia sebagai kahalifah di muka bumi bagi menguji manusia.Allah juga hendak memberikan penghormatan kepada mereka.

          Bukti kewujudan tugas kekhalifahan bagi bani Adam adalah setiap amal ibadah yang hendak dilaksanakan perlu dimulakan dengan memohon perlindungan Allah daripada tipu daya syaitan yang terkutuk.Ini dilakukan dengan membaca ta'awwudz dan bismillahirrahmanirrahim yang bererti,'Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.'

          Tugas manusia yang utama yang perlu mereka laksana sebagai bentuk konkrit daripada pengabdiannya kepada Allah adalah memikul amanah Allah.Allah berkata,

"Sesungguhnya kami menawarkan amanah kepada langit,bumi dan gunung-gunung,tetapi semuanya enggan memikul amanah.Mereka khuatir tidak mampu malaksanakannya,lalu manusia memikul amanah itu."(surah al-Ahzab,ayat 72)

          Menurut Nabi Muhammad dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aufi daripada Ibnu Abbas,amanah adalah ketaatan seorang hamba kepada Allah.Sebelum Allah memberikan amanah itu kepada Nabi Adam,Allah menawarkannya kepada langit,bumi dan gunung-ganang.Namun,ketiga-tiganya menolak kerana mereka takut menghianati amanah itu.Selepas langit,bumi dan gunung-ganang menolaknya,Allah menawarkan amanah itu kepada Nabi Adam.Allah bertanya,"Adakah kamu sanggup memegang teguh perkara yang terdapat di sebalik amanah itu?"Nabi Adam berkata,"Ya Tuhanku,apakah yang berada di sebaliknya?"Allah berkata,"Apabila kamu berbuat baik,maka kamu memperoleh pahala dan apabila kamu berbuat buruk,maka kamu memperoleh hukuman."

          Kemudian Nabi Adam menerima amanah itu.Berbuat baik bererti melaksanakan visi dan misi sesuai dengan peraturan yang ditetapkan oleh Allah dalam Quran dan ketetapan rasulnya serta apa yang beliau amalkan.

          Sebahagian ulama memahami,apa yang dimaksudkan dengan amanah adalah kewajipan yang mesti dilakukan dan larangan yang mesti ditinggalkan oleh Nabi Adam dan seluruh keturunannya.Amanah itu tidak lain adalah tugas menegakkan hak-hak Allah di muka bumi iaitu menyembah Allah dan tidak menyengutukannya dengan apa pun.Dalam hal ini,Allah menjelaskan,

"katakanlah,'Aku hanya diperintahkan supaya menyembah Allah dan tidak menyengutukannya.Hanya kepadanya,aku berseru dan hanya kepadanya aku kembali."(surah ar-Ra'd,ayat36)

          Tugas utama manusia adalah menyembah Allah semata-mata,beribadah kepada Allah,hidup dan matinya hanya untuk Allah.Allah menyatakan,

"Katakanlah Muhammad,'Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah,Tuhan seluruh alam."(surah al-An'am,ayat 162)

          Allah memanggil hamba-hambanya supaya mereka masuk ke dalam jemaah hamba-hamba Allah yang beribadah.Siapakah jemaah hamba-hamba Allah itu?Mereka adalah penerus risalah Nabi Muhammad iaitu hamba penghimpun umat,penyeru dan pelaksana taubat.Mereka adalah hamba yang gemar berpuasa,yang mengembala bayang-bayangnya sendiri ketika mentari bersinar,yang berjalan menuju Allah ketika malam sunyi sepi dan hamba yang melaksanakan hak-hak Allah.

          Mu'ad bin Jabal menberitahu,

"Ketika aku membonceng nabi di atas kenderaan,tidak ada batas di antara aku dan beliau kecuali tempat sandaran bagi penunggang.Nabi berkata,'Hai Muadz!'Aku menjawab,'Ya Rasullullah,aku taat kepada engkau.'Beliau berjalan seketika dan kemudian berkata lagi,"Hai Muadz bin Jabal!'Aku menjawab!'Ya Rasullullah,aku tetap taat kepada engkau.'Selepas itu beliau bertanya,'Tahukah kamu apakah hak Allah yang perlu dipenuhi oleh hambanya?'Aku menjawab,'Allah dan rasulnya lebih mengetahui.'Beliau berkata,'Hak Allah yang perlu dipenuhi oleh para hambanya adalah mereka perlu manyembahnya dan tidak menyengutukannya dengan sesuatu pun.'Selang beberapa ketika,beliau memanggilku lagi,'Hai Muadz bin Jabal!'Aku menjawab,"Ya RAsullullah,aku taat kepada engkau.'Beliau berkata,'Tahukah kamu apakah hak para hamba yang memenuhi hak Allah?'Aku menjawab,Allah dan rasulnya lebih mengetahui.'Beliau berkata,'Hak hamba adalah Allah tidak menyeksa merek.'(Hadis riwayat Bukhari,Muslim dan Ahmad)


          Perintah menyembah Allah dan tidak menyengutukannya dengan sesuatu bererti menyembah Allah dengan ketaatan yang murni.Allah menyatakan,"Katakanlah,'Aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan penuh ketaatan kepadanya dalam melaksanakan agama."(surah az-Zumar,ayat 11)

          Melaksanakan agama Allah meliputi segala aspek kehidupan yang luas.Ia meliputi hablum minnallah iaitu'berpegang pada tali Allah'dan hablum minan nas iaitu 'berpegang pada tali manusia.'Demi menegakkan hak-hak Allah,maka Allah mengutuskan hamba-hambanya yang terpilih iaitu para nabi dan rasul sebagai contoh ketaatan beribadah kepada Allah,mulai Nabi Ibrahim sehingga Nabi Muhammad.

          Allah menetapkan Nabi Ibrahim sebagai'kekasih Allah' dan 'imam tauhid.'Demi kesempurnaan petunjuk Allah kepada hamba-hambanya pada akhir zaman sehingga mereka dapat melaksanakan visi dan misi mereka dengan baik,Allah mengutusakan Nabi Muhammad sebagai penutup segala nabi.Nabi Muhammad turut menyempurnakan akhlak manusia sekali gus menyebarkan rahmat Allah bagi seluruh alam.Dengan itu,Allah menyempurnakan agama yang lurus dan nikmatinya serta meredai Islam sebagai agama bagi umat Nabi Muhammad.

          Sepeninggalan Nabi Muhammad,Allah tetap memberikan bimbingan melalui hidayahnya iaitu Quran dan hadis kepada hamba-hambanya yang dikehendaki.Ini termasuklah Khulafah Arrasyiddin,para wali Allah dan orang-orang soleh.

          Bukti adanya visi bagi setiap hambanya dapat dilihat ketika seorang hamba hendak melakukan sesuatu kegiatan amal ibadah.Kegiatan itu mungkin bagi kepentingan dirinya seperti makan dan minum,mahupun bagi beribadah kepada Allah.Semua kegiatan itu mesti bermula dengan meminta perlindungan Allah dan membaca  bismillah.Seorang hamba mengawali setiap perilakunya dengan menyebut nama Allah,bukan nama pelakunya atau orang lain.

          Di dalam dada manusia terdapat sepotong daging ataupun segumpal darah yang baik dan buruk jasad manusia di hadapan Allah dan sesama manusia bergantung kepadanya.Itulah hati manusia dan hati ini sentiasa mendengar dua bisikan iaitu bisikan malaikat dan bisikan syaitan.Hati manusia menjadi sasaran syaitan bagi menyesatkan manusia daripada jalan yang benar.Syaitan ingin semua manusia mengikut jalan menuju neraka.

          Hati menjadi sasaran syaitan bagi membisikkan tipu dayanya supaya manusia tersesat.Dalam dada manusia terletak hati.Dosa manusia melekat di hatinya lalu menutupinya daripada cahaya kebenaran iaitu cahaya Allah.Hati adalah komponen tubuh manusia yang penting kerana ia menetukan baik dan buruknya jasad manusia.

          Oleh kerana kecenderungan dan peluang melakukan dosa adalah besar bagi bani Adam,Nabi Muhammad menjadikan dirinya sebagai contoh orang yang suka bertaubat dengan bertaubat sebanyak 100 kali dalam sehari.Apabila Nabi Muhammad berasa ada yang menggoda hati beliau,pada waktu itu juga beliau bertaubat kepada Allah sebanyak 70 kali.

          'Pembedahan dada di hadapan Allah ataupun bertaubat adalah anak tangga yang disinggahi seorang hamba yang berjalan menuju Allah selepas dia melalui anak tangga muhasabah diri.Bertaubat menyedarkan kita tentang segala kekurangan,kelemahan dan ketidakmampuan kita dalam melaksanakan visi dan misi Allah serta memenuhi hak-hak Allah ke atas diri kita.Taubat yang ideal adalah taubat yang dilakukan selepas kita bermuhasabah.Ini kerana taubat yang sebenarnya adalah taubat yang dilakukan selepas kita menyedari,kita melakukan perbuatan yang bertentangan dengan visi dan misi Allah.

          Dosa adalah tabir yang menutup hati manusia daripada Allah.Oleh sebab itu,hati manusia terhijab sehingga mereka tidak dapt menerima cahaya kebenaran daripada Allah.Akibatnya,manusia jauh daripada Allah,sungguhpun Allah dekat dengan mereka,lebih dekat daripada urat nadi leher mereka sendiri.

          Selama mana seseorang itu tidak mengetahui dosa adalah faktor yang menjauhkan dirinya daripada Allah,selama itulah dia tidak berasa menyesal ketika melakukan perbuatan-perbuatan dosa.Dia tidak berasa dia sedang menempuh jalan yang menjadikan dirinya semakin jauh daripada Allah,bahkan dia berasa,jalan yang ditempuhinya adalah jalan yang benar.

No comments:

Post a Comment